Mentega shea juga adalah selamat apabila digunakan pada kulit dengan baik, dalam jangka masa yang pendek. Didapati sekitar 2-4 gram mentega shea pernah digunakan di dalam hidung dengan selamat selama tempoh 4 hari.
Tiada maklumat yang boleh dipercayai untuk mengetahui sama ada penggunaan mentega shea dalam jangka masa yang panjang adalah benar-benar selamat.
Peringatan khas & amaran
Kehamilan dan penyusuan bayi: Mentega shea didapati mungkin selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah biasa yang terdapat dalam makanan. Tiada maklumat yang boleh dipercayai tentang tahap keselamatan mengambil mentega shea dalam jumlah yang lebih besar jika anda hamil atau menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.
Kanak-kanak: Mentega shea juga didapati mungkin selamat apabila diambil dengan mulut dalam jumlah yang biasa dijumpai dalam makanan. Mentega shea adalah selamat apabila digunakan pada kulit dengan baik, dalam jangka masa yang pendek. Didapati sekitar 2-4 gram mentega shea pernah digunakan di dalam hidung dengan selamat selama 4 hari.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan Mentega Shea?
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.
Tindak balas
Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Mentega Shea?
Mentega Shea mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Penggunaan /Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Apakah dos Mentega Shea yang biasa digunakan?
Dos untuk produk mentega shea ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Apakah bentuk penyediaan Mentega Shea?
Produk mentega shea ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:
- Mentega shea tulen
- Produk kecantikan yang mengandungi mentega shea
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen