Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Kekwa merupakan suatu tumbuhan. Orang menggunakan bunganya untuk membuat ubat.
Ia digunakan bagi merawat:
Dengan gabungan beberapa herba lain, Kekwa juga digunakan untuk merawat kanser prostat.
Sebagai minuman, ia sangat popular sebagai teh musim panas di selatan China.
Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana Kekwa berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa ia mungkin meningkatkan aliran darah ke jantung. Ia juga meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:
Pengawalan bagi pengambilan herba kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi pengambilan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.
Tiada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sekiranya kekwa selamat digunakan.
Mengandung dan menyusu badan: Tiada maklumat yang boleh dipercayai tentang keselamatan pengambilan kekwa jika anda mengandung atau menyusu badan. Ambillah pendapat yang lebih selamat dan elakkan dari penggunaannya.
Alergi tumbuhan: Kekwa adalah ahli keluarga tumbuhan Asteraceae / Compositae. Ia boleh menyebabkan reaksi alergi pada orang yang sensitif terhadap tumbuhan lain daripada keluarga ini. Ahli keluarga lain jenis ini termasuk ragweed, marigold, daisi, dan banyak lagi. Jika anda mempunyai alergi, pastikan anda memeriksa dengan doktor anda sebelum mengambil Kekwa.
Kekwa boleh menyebabkan kulit menjadi bertambah sensitif terhadap matahari, erutama jika anda berkulit cerah.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Kekwa mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos bagi Kekwa mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk dos yang sesuai.
Kekwa boleh didapati dalam bentuk yang berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen