Baikal Skullcap

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Baikal Skullcap?

Baikal skullcap adalah tumbuhan yang akarnya digunakan untuk membuat ubat. Ia biasanya digunakan untuk merawat keadaan berikut, seperti:

  • Jangkitan pernafasan
  • Demam alahan
  • Demam
  • Jangkitan gastrousus (GI)
  • Masalah hati termasuk hepatitis viral dan jaundis
  • HIV/AIDS
  • Jangkitan buah pinggang
  • Radang pelvik
  • Kudis atau bengkak
  • Demam skarlatina
  • Sakit kepala
  • Iritabiliti
  • Mata merah
  • Muka merah
  • Sawan
  • Epilepsi
  • Histeria
  • Tegangan saraf
  • Melegakan rasa pahit dalam mulut

Kombinasi bersama herba lain, Baikal skullcap digunakan untuk merawat gangguan defisit perhatian-hiperaktiviti (ADHD), kanser kelenjar prostat, keadaan paru-paru yang dipanggil bronkiolitis, artritis, dan buasir.

Baikal skullcap juga kadangkala disapu pada kulit untuk psoriasis.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan:

  • Baikal skullcap mempunyai ciri-ciri anti-artritis dan anti-radang, antioksidan, ciri-ciri anti-kanser.
  • Ia juga mempunyai ciri-ciri antihistamin yang menjadikannya berguna untuk merawat asma dan alahan seperti demam alahan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Baikal Skullcap?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam baikal skullcap atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatan. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Baikal Skullcap selamat digunakan?

Kanak-kanak

Baikal skullcap mungkin selamat untuk kanak-kanak apabila diberi secara intravena (melalui IV) oleh penyedia penjagaan kesihatan, bagi jangka masa pendek. Penyediaan intravena tersebut mengandungi Baikal skullcap, forsythia, dan buas-buas (honeysuckle) telah digunakan di bawah pengawasan perubatan jelas selamat untuk kanak-kanak selama 7 hari.

Tiada maklumat yang cukup mengenai penggunaan Baikal Skullcap yang selamat pada kanak-kanak apabila digunakan untuk jangka masa panjang.

Kehamilan dan menyusu badan
Penggunaan herba ini pada wanita hamil, menyusu dan kanak-kanak kecil masih belum diketahui sama ada selamat atau tidak.

Pembedahan

Baikal skullcap boleh memperlahankan pembekuan darah. Terdapat kebimbangan di mana ia boleh menyebabkan pendarahan yang berlebihan ketika dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan Baikal skullcap sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Baikal Skullcap?

Kesan sampingan yang sering berlaku apabila menggunakan Baikal skullcap ialah:

  • Mengantuk
  • Demam
  • Radang paru-paru

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda. 

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Baikal Skullcap?

Herba tambahan ini boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Keadaan kesihatan berikut boleh bertindak balas dengan herba anda, termasuk:

  • Gangguan darah: Baikal skullcap boleh memperlahankan pembekuan darah. Secara teori, Baikal skullcap boleh meningkatkan risiko lebam dan pendarahan kepada individu yang mempunyai gangguan pendarahan.
  • Diabetes: Baikal skullcap boleh menjejaskan paras gula dalam darah bagi individu yang mempunyai diabetes. Awasi tanda-tanda gula dalam darah rendah (hipoglisemia) dan kawal gula dalam darah anda dengan baik jika anda mempunyai diabetes dan menggunakan Baikal skullcap.
  • Keadaan di mana hormon menjadi sensitif seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, atau fibroid uterus: Baikal skullcap boleh memberi kesan yang sama dengan hormon estrogen wanita. Jika ada mempunyai sebarang keadaan yang boleh menjadi buruk akibat estrogen, jangan guna Baikal.
  • Tekanan darah rendah: Baikal skullcup boleh merendahkan tekanan darah. Secara teori, Baikal skullcap boleh merendahkan tekanan darah dengan

Baikal Skullcap mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Baikal Skullcap yang biasa digunakan?

Guna 5 hingga 15 gram serbuk akar yang ditambah dengan 1 cawan air panas untuk membuat teh.

Akar Baikal skullcap selalunya direbus tetapi ia juga boleh digoreng atas dimasak kesemuanya sekali untuk merawat pelbagai gangguan.

Apakah bentuk penyediaan Baikal Skullcap?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsul
  • Serbuk

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Akibat hepatitis B, pelbagai kesan akan berlaku terutamanya pada organ hati. Ada kajian kata lelaki tidak subur juga adalah komplikasinya! Jom kita klik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 30/10/2020 . 3 minit bacaan

    Bolehkah Pesakit Positif Hepatitis B Berkahwin Dan Melakukan Seks? Ambil Tahu Berkaitannya Ini

    Umum sudah tahu bahawa hepatitis b adalah penyakit yang berbahaya. Persoalannya, bolehkah penderita berkahwin? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    BERHENTI Kongsi Pengetip Kuku! Anda Berisiko Dapat Banyak Penyakit Termasuk Hepatitis, Takutnya!

    Kita tidak harus berkongsi barangan peribadi seperti pengetip kuku dengan orang untuk mengelak risiko jangkitan penyakit seperti Hepatitis C!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Habit Sihat, Kebersihan Diri 26/06/2020 . 3 minit bacaan

    Awas! Jangkitan Virus Hepatitis C Boleh Tersebar Melalui Seks Oral, Tapi Bukan Air Liur

    Jangkitan virus hepatitis C melalui seks oral, walaupun tidak lazim, boleh berlaku. Mereka yang homoseksual dan sering bertukar pasangan lebih berisiko.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit mata kuning jaundis

    Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit hepatitis

    Pesakit Hepatitis B, Ini Sebab Mengapa Anda Tak Boleh Derma Darah Walaupun Sudah Pulih

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
    berus gigi

    JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    jenis hepatitis

    Bukan Hanya A & B Sahaja, Tahukah Anda Hepatitis Sebenarnya Ada 5 Jenis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan