Langkah berjaga-jaga serta amaran khusus
Mengandung serta menyusukan anak: Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Orris pada ibu mengandung dan menyusukan anak. Sila ambil langkah selamat dan elak daripada menggunakannya.
Kesan-kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan Orris?
Tiada kesan sampingan yang diketahui jika akar dikupas dan dikeringkan dengan teliti. Walau bagaimanapun, jus pokok atau akar tumbuhan segar boleh menyebabkan kerengsaan mulut yang teruk, sakit perut, muntah, dan cirit-birit berdarah. Jus atau akar tumbuhan segar boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang teruk.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Orris?
Suplemen herba ini mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos Orris yang biasa diberikan?
Dos untuk Orris mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Ketersediaan Orris
Orris boleh didapati dalam bentuk:
- Estrak cecair Orris
- Serbuk akar Orris
- Ekstrak kapsul akar Orris
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen