Fibroid, sejenis pertumbuhan di dalam rahim yang tidak lagi menjadi perkara asing dalam kalangan wanita. Mari kenali risiko fibroid dengan lebih terperinci!
Pantau kitaran haid
Anda pasti?
Fibroid, sejenis pertumbuhan di dalam rahim yang tidak lagi menjadi perkara asing dalam kalangan wanita. Mari kenali risiko fibroid dengan lebih terperinci!
Untuk makluman, ketumbuhan di dalam rahim ini terdiri daripada otot dan tisu berserat, serta punyai ukuran berbeza-beza.
Mempunyai banyak nama, ia kadangkala dikenali sebagai myoma atau leiomyoma.
Pun begitu, kebanyakan wanita tidak menyedari mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami sebarang gejala.
Ciri utama yang perlu kalian tahu, fibroid kebanyakannya bersifat jinak, atau bukan kanser.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Terdapat 3 jenis fibroid yang utama, iaitu:
Sebahagiannya boleh menjadi fibroid pedunculated, yang bermaksud bahawa ia mempunyai tangkai yang melekat pada rahim.
Sebilangan besar fibroid tidak menyebabkan sebarang tanda, ia disebut sebagai fibroid tanpa gejala.
Ketumbuhan yang lebih besar pula boleh menyebabkan anda mengalami pelbagai simptom risiko fibroid, termasuk:
Pun begitu, simptom fibroid rahim biasanya bersifat stabil atau hilang dengan sendiri setelah pesakit mengalami menopaus dek tahap hormon yang menurun di dalam badan.
Hingga kini, penyebab fibroid rahim masih tidak diketahui, walaupun kajian menunjukkan mungkin ada komponen genetik yang terlibat.
Ini senarai faktor yang berkemungkinan menjadi punca kepada fibroid rahim:
Doktor percaya bahawa fibroid rahim terbentuk dari sel induk pada tisu otot rahim halus (myometrium).
Tambah lagi, corak pertumbuhan fibroid rahim adalah berbeza-beza; mereka mungkin tumbuh dengan perlahan atau cepat.
Manakala, sesetengah fibroid mengalami lonjakan pertumbuhan, dan ada juga yang menyusut dengan sendiri.
Banyak juga kes fibroid menyusut atau hilang setelah kehamilan kerana rahim kembali pada ukuran normal.
Faktor risiko adalah sesuatu yang meningkatkan kemungkinan anda untuk mendapat penyakit atau kondisi kesihatan tertentu.
Adalah mungkin untuk memperoleh fibroid rahim dengan atau tanpa faktor risiko yang bakal penulis senaraikan di bawah.
Walau bagaimanapun, semakin banyak faktor risiko yang anda miliki, semakin besar kemungkinan untuk terkena fibroid.
Sekiranya anda mempunyai sejumlah faktor risiko, segera rujuk doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta rawatan bersesuaian.
Faktor-faktor yang boleh memberi kesan kepada perkembangan fibroid termasuklah:
Untuk pengetahuan pembaca, risiko buang fibroid itu wujud sekiranya anda disahkan mempunyai ketumbuhan rahim ini.
Namun, sebelum prosedur tersebut dilakukan, doktor kebiasaannya akan mendiagnosis risiko buang fibroid dengan mengambil kira ukuran, jumlah dan faktor usia pesakit sebelum menentukan sebarang rawatan bersesuaian.
Usah risau jikalau anda disarankan untuk menjalani pembedahan tersebut, kerana risiko buang fibroid kebiasaannya adalah selamat dan jarang alami komplikasi.
Pokok pangkalnya, pastikan untuk merujuk mereka yang lebih pakar terlebih dahulu sekiranya anda mengesyaki mempunyai fibroid.
Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.
Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.
Panjang Kitaran
(hari)
Objektif
(hari)
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen