Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa asid hidroksisitrik adalah selamat digunakan untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan tanpa nasihat daripada doktor atau pakar herba anda.
Masalah pendarahan: Terdapat kebimbangan bahawa asid hidroksisitrik berupaya melambatkan pembekuan darah. Ini mungkin akan meningkatkan risiko pendarahan atau lebam pada orang yang mengalami masalah pendarahan.
Diabetes: Asid hidroksisitrik berupaya mengurangkan kadar gula darah. Pantau paras gula darah dengan teliti. Dos ubat antidiabetes konvensional mungkin perlu diselaraskan.
Pembedahan: Asid hidroksikitrik berupaya menjejaskan tahap gula darah dan menjadikan pembekuan darah perlahan. Ini mungkin akan menyukarkan pengawalan kadar gula dalam darah, pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil asid hidroksisitrik sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sebarang pembedahan yang dijadualkan.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid)?
Asid hidroksisitrik boleh menyebabkan loya, ketidakselesaan saluran pencernaan, dan sakit kepala apabila digunakan dalam jangka masa yang pendek. Keselamatan pada jangka masa yang panjang masih tidak diketahui.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Tindak balas
Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid)?
Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Penggunaan /Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Apakah dos Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid) yang biasa digunakan?
Dos untuk produk asid hidroksisitrik ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Apakah bentuk penyediaan Asid Hidroksisitrik (Hydroxycitric Acid)?
Produk asid hidroksisitrik ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:
- Kapsul Ekstrak Garcinia Cambogia Asid Hidroksisitrik
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen