Buah melaka diambil melalui mulut untuk mengawal kolesterol tinggi, “pengerasan arteri” (aterosklerosis), diabetes, sakit dan pembengkakan pankreas, kanser, sakit perut, masalah mata, sakit sendi, cirit-birit, cirit-birit berdarah (disentri) , osteoartritis, obesiti, dan “pemulihan organ”. Ia juga digunakan untuk membunuh kuman, mengurangkan kesakitan dan bengkak yang disebabkan oleh reaksi badan terhadap kecederaan atau penyakit (keradangan).
Bagaimana ia berfungsi?
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana buah melaka ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa: Buah melaka didapati berfungsi dengan mengurangkan paras kolesterol keseluruhan, termasuk asid lemak yang dipanggil trigliserida, tanpa menjejaskan tahap “kolesterol baik” yang dipanggil lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Langkah berjaga-jaga & Amaran
Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Buah Melaka?
Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:
- Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
- Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
- Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok buah melaka atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
- Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
- Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.
Peraturan bagi suplemen herba adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen