Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan bawang?
Bawang mungkin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan penyakit anda. Sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda sebelum mengambilnya.
Produk yang mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat ini:
Sesetengan orang mempunyai alahan dengan bawang. Aspirin boleh meningkatkan kepekaan anda pada bawang jika anda mengalami alahan pada bawang. Perkara ini hanya dilaporkan oleh seorang sahaja. Tetapi untuk kekal selamat, jika anda ada alahan pada bawang, jangan ambil aspirin dan makan bawang.
Bawang mungkin mengandungi kesan seperti pil air atau “diuretik”. Pengambilan bawang mungkin boleh menurunkan kelancaran tubuh badan untuk menyingkirkan lithium. Hal ini boleh meningkatkan jumlah lithium dalam badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang serius. Sila berunding dengan penjaga kesihatan anda sebelum mengambil produk ini jika anda mengambil lithium. Dos keperluan lithium anda mungkin perlu ditukar.
- Ubat-ubatan untuk kencing manis (ubat Antidiabetes)
Bawang mungkin boleh merendahkan gula dalam darah. Ubat-ubatan kencing manis juga adalah digunakan untuk merendahkan gula dalam darah. Pengambilan bawang bersama ubat-ubatan kencing manis mungkin boleh mengakibatkan gula dalam darah anda menjadi terlalu rendah. Sila pantau gula dalam darah anda dengan kerap. Dos ubat-ubatan kencing manis anda mungkin perlu diubah.
Sesetengah ubat-ubatan yang digunakan untuk kencing manis termasuk glimperide (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), and lain-lain.
- Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah (Anticoagulan/Ubat Antiplatelete)
Bawang mungkin boleh melambatkan pembekuan darah. Pengambilan bawang bersama ubat-ubatan ini juga boleh melambatkan pembekuan darah dan boleh meningkatkan peluang untuk lebam bengkak dan pendarahan.
Sesetengah ubat-ubatan yang melambatkan proses pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, dan lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin, dan lain-lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos yang biasa untuk bawang?
Dos untuk herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau pakar herba tentang dos yang sesuai.
Apakah ketersediaan bawang?
Herba ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:
- Kapsul.
- Cecair ekstrak.
- Sirap.
- Serbuk.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen