Ini kerana ia dapat merangsang peredaran darah, sekali gus membantu mengurangkan kegelapan.
Nah, satu lagi kebaikan untuk anda amalkan penggunaan masker kunyit untuk jerawat!
6. Merawat psoriasis
Psoriasis ada satu masalah kulit – muncul tompok putih yang tebal, menyebabkan gatal-gatal yang serius.
Kunyit dikatakan dapat mengawal simptom ini dengan menghalang enzim keradangan dan menurunkan tahap sitokin – yang merangsang keradangan sel.
Menurut Yayasan Psoriasis Kebangsaan, ia boleh digunakan sebagai suplemen atau ditambah ke dalam makanan.
Sebaiknya, berbincang dengan pakar sebelum mencuba kaedah ini untuk mendapatkan dos yang lebih tepat.
7. Merawat parut, tanda regangan
Sekali lagi, terima kasih kepada kurkumin, yang dapat menyerap masuk ke membran sel dan memperbaiki sifat fizikal membran sel – kesannya ia merawat tanda regangan.
Anda boleh gabungkan kunyit dengan krim atau yogurt dan jadikan ia campuran seperti masker kunyit untuk jerawat.
Sapukan ke bahagian perut dan pinggang sebelum anda mandi. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan bersih semasa mandi. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk merawat parut.
Walau bagaimanapun, terdapat risiko menggunakan kunyit untuk merawat masalah kulit anda.
Sebelum guna, berhati-hati dengan kuantiti yang hendak digunakan, jenis produk dan tindak balas yang mungkin berlaku terhadap ubatan yang anda ambil.
Sebaiknya, elakkan mengambil kunyit dalam kuantiti yang besar dan banyak.
Cuba sapukan sedikit kunyit pada bahagian bawah lengan anda dan biarkan selama 24 hingga 48 jam untuk melihat sama ada wujud reaksi alahan atau tidak.
8. Antioksidan
Kunyit kaya dengan antioksidan. Dalam aspek penjagaan kulit, antioksidan dapat membantu menjaga radikal bebas daripada memusnahkan sel-sel sihat.

Ia sekali gus menghalang hiperpigmentasi, parut, dan masalah kulit jangka panjang lain. Melalui tabiat gaya hidup sihat, kunyit juga boleh dikatakan dapat mengurangkan kanser kulit. Tetapi masih banyak kajian perlu dilakukan.
Masker kunyit untuk jerawat
Untuk menghasilkan masker kunyit bukanlah sesuatu yang sukar dan memerlukan kos yang tinggi.
Caranya dalah dengan mencampurkan serbuk atau ekstrak kunyit dengan agen pemekat untuk dijadikan krim dan ia berbeza mengikut keperluan kulit:
- Untuk cegah jerawat dan antibakteria – Campurkan kunyit dengan air suam dan madu
- Untuk rawat hiperpigmentasi dan kedutan – Campurkan kunyit dengan yogurt, jus lemon untuk khasiat tambahan dan pencerahan
- Untuk rawat iritasi – Campurkan kunyit dengan aloe vera untuk beri kelegaan semula jadi
- Untuk antioksidan – Campurkan kunyit dengan air (boleh tambahkan sedikit badam atau tepung beras untuk menjadikan campuran ini lebih pekat)
Tidak kira apa campuran yang anda pilih, selepas menyapu masker kunyit pada wajah, biarkannya selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air suam diikuti dengan toner, serum, dan pelembap.
Tidak digalakkan untuk memakai masker kunyit semalaman, kerana ia cenderung untuk meninggalkan kesan, terutama jika anda mempunyai kulit yang cerah.
Anda boleh cuba membasuh dengan susu, jika terdapat kesan kuning yang tertinggal. Amalkan penggunaan masker kunyit ini 2-3 kali seminggu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen