Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Adakah Bittersweet Amerika selamat digunakan?
Kehamilan dan Penyusuan Bayi:
Belum cukup maklumat diketahui tentang penggunaan bittersweet Amerika semasa mengandung dan menyusu. Ambillah jalan yang lebih selamat dan elakkan penggunaan.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan Bittersweet Amerika?
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.
Tindak balas
Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Bittersweet Amerika?
Bittersweet Amerika mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Penggunaan /Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Apakah dos Bittersweet Amerika yang biasa digunakan?
Penggunaan tradisional terhadap batang pokok ini biasanya pada kadar dos sebanyak 1 ke 3 g/hari, biasanya diberikan dalam bentuk rebusan atau rendaman dalam 250 mL air bersih.
Apakah bentuk penyediaan Bittersweet Amerika?
Suplemen herba ini boleh tersedia dalam bentuk dos penggunaan berikut:
- Ekstrak cecair
- Serbuk
- Tinktur
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen