Kegunaan
Apakah kegunaan saga?
Pokok saga adalah sejenis tumbuhan yang memanjat. Akar, daun dan bijinya boleh digunakan untuk dibuat ubat akan tetapi tiada sebarang bukti menunjukkan tumbuhan ini boleh merawat sebarang penyakit.
Akarnya boleh diambil melalui mulut untuk asma, bengkak tiub bronkus, demam, hepatitis, malaria, sawan, patukan ular, sakit tekak, sakit perut, jangkitan cacing pita dan untuk mempercepatkan proses kelahiran.
Daunnya pula boleh diambil melalui mulut untuk demam, batuk, selesema, demam selesema, gigitan serengga, dan gonorea.
Walaupun terdapat kebimbangan akan keselamatan pengambilannya, golongan wanita tetap menggunakannya untuk mempercepatkan proses bersalin, menggugurkan anak dan mencegah kehamilan. Tumbuhan ini juga digunakan sebagai penahan sakit bagi pesakit terminal. Keseluruhan bahagian tumbuhan ini pula boleh digunakan untuk bengkak mata.
Bagaimanakah ia berfungsi?
Kajian tidak mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan; pokok saga ini mengandungi abrin, yang bertoksik serta menghalang sel daripada membiak dan berfungsi dengan normal. Pokok saga mungkin boleh digunakan untuk mengawal kehamilan dengan menyekat ovulasi bagi wanita dan menurunkan paras testosteron dan kiraan sperma bagi lelaki. Ia juga boleh membantu untuk menghapuskan jangkitan bakteria tertentu, cacing pita dan parasit yang mengakibatkan malaria. Bijinya pula mengandungi bahan kimia yang boleh memperlahankan pembekuan darah, mengurangkan bengkak dan alahan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen