Rue

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Rue?

Rue adalah sejenis tumbuhan. Bahagian yang tumbuh di atas tanah digunakan untuk membuat ubat.

Walaupun terdapat kebimbangan serius mengenai keselamatan, Rue digunakan sebagai ubat bagi pelbagai jenis keadaan, termasuk:

  • Gangguan haid.
  • Ketakhadaman.
  • Jantung berdegup kuat.
  • Gementar.
  • Demam.
  • Cirit birit.
  • Masalah pernafasan.
  • Multipel sklerosis (MS).
  • Palsi Bell.
  • Artritis.
  • Terseliuh.
  • Sakit telinga.
  • Sakit gigi.
  • Ketuat.
  • Sakit kepala.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Rue ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, ia diketahui bahawa bahan kimia dalam Rue dapat bantu mengurangkan kontraksi otot dan mengurangkan bengkak (inflamasi).

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Rue?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Rue atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Rue selamat digunakan?

Rue dianggap selamat apabila diambil dalam kuantiti makanan. Ia tidak selamat apabila digunakan sebagai ubat.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Tidak selamat bagi sesiapa yang menggunakan Rue dalam jumlah ubat, namun individu yang mempunyai keadaan berikut terutamanya, lebih cenderung untuk mengalami kesan sampingan.

Kehamilan dan menyusu badan: Tidak selamat bagi kedua ibu dan anak yang belum lahir lagi mengambil Rue semasa hamil atau menyusu badan. Rue boleh menyebabkan kontraksi uterus, yang mana boleh mengakibatkan keguguran. Oleh sebab itu, Rue digunakan untuk menyebabkan keguguran. Tetapi ia juga mempunyai kesan yang serius kepada ibu. Sesetengah wanita yang cuba menggunakan Rue bagi menyebabkan keguguran.

Masalah perut dan usus (gastrousus, GI): Rue boleh membuatkan masalah GI yang sedia ada bertambah buruk. Jika anda mempunyai sebarang gangguan perut atau usus, anda ada alasan tambahan untuk tidak menggunakan Rue.

Masalah buah pinggang dan saluran urinari: Rue berbahaya pada buah pinggang dan boleh menyebabkan iritasi kepada saluran urinari. Jika anda mempunyai masalah buah pinggang atau saluran urinari, anda ada alasan tambahan untuk tidak menggunakan Rue.

Masalah hati: Rue boleh membuatkan masalah hati yang sedia ada bertambah buruk. Jika anda mempunyai gangguan hati, anda ada alasan tambahan untuk tidak menggunakan Rue.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Rue?

Apabila diambil melalui mulut, ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti iritasi perut, perubahan mood, masalah tidur, pening, kejang, kerosakan buah pinggang dan hati yang serius, dan kematian. Apabila disapu pada kulit, ia boleh menyebabkan ruam dan meningkatkan sensitiviti terhadap matahari.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Rue?

Rue mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Produk-produk yang boleh bertindak balas dengan Rue, termasuklah:

  • Ubat fotosensitiviti.

Sesetengah ubat boleh meningkatkan sensitiviti terhadap cahaya matahari. Rue mungkin juga meningkatkan sensitiviti anda terhadap cahaya matahari. Pengambilan Rue bersama ubat yang boleh meningkatkan sensitiviti terhadap cahaya matahari akan meningkatkan peluang untuk mendapat selaran matahari, lepuh atau ruam pada kawasan kulit yang terkena cahaya matahari. Pastikan anda memakai krim pelindung matahari dan pakaian pelindung apabila melakukan aktiviti di bawah matahari.

Beberapa ubat yang menyebabkan fotosensitiviti termasuk amitriptyline (Elavil), Ciprofloxacin (Cipro), norfloxacin (Noroxin), lomefloxacin (Maxaquin), ofloxacin (Floxin), levofloxacin (Levaquin), sparfloxacin (Zagam), gatifloxacin (Tequin), moxifloxacin (Avelox), trimethoprim/sulfamethoxazole (Septra), tetracycline, methoxsalen (8-methoxypsoralen, 8-MOP, Oxsoralen), dan Trioxsalen (Trisoralen).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Rue yang biasa digunakan?

Dos bagi herba tambahan ini berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Rue?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak cecair Rue.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

    Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Anggur Boleh Rawat Masalah Sakit Perut, Berkesan Ke Kalau Minum?

    Jus anggur antara minuman yang dikatakan banyak faedah pada kesihatan diri. Malahan, ada yang mempercayai bahawa ia dapat membantu mencegah flu perut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 11/11/2020 . 3 minit bacaan

    Perut Selalu Rasa Tak Sedap Setiap Kali Datang Bulan, Sering Cirit-Birit Atau Sembelit? Ini Solusinya

    Masalah sakit perut disebabkan sembelit, cirit-birit dan kesakitan lain dalam ususĀ adalah perkara biasa yang berlaku sebelum dan semasa haid.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Cirit-birit? Cuba Minum Susu Kultur, Ada 9 Kebaikan, Termasuk Kepada Ibu Hamil

    Pasti anda pernah minum susu kultur, kan? Tetapi adakah ia menawarkan manfaat buat kesihatan badan? Ini penjelasan yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 05/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pil perancang keluarga

    AWAS Wanita! Anda Berisiko Alami Masalah Darah Beku Jika Ambil Pil Perancang Jenis Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah

    Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    sakit apendiks

    Awas, Nyawa Mungkin Melayang Jika Anda Berlengah Rawat Apendiks!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/12/2020 . 3 minit bacaan
    cirit birit semasa haid

    Jangan Pelik! Ada Wanita Yang Selalu Cirit-Birit Waktu Haid, Ini Namanya ‘Period Poop!’

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan