Anda pasti?
Minyak serai digunakan bagi tujuan perubatan termasuk:
Menyapukan minyak serai secara langsung kepada kulit dapat mengelakkan nyamuk dan serangga lain.
Minyak serai mungkin akan diberikan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor atau ahli farmasi mahupun ahli herba anda untuk maklumat lanjut.
Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.
Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:
Pengawalan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.
Minyak serai kelihatan selamat digunakan bagi kebanyakan orang dalam jumlah sedikit yang ditemui dalam makanan. Ia tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang banyak.
Ia kelihatan selamat digunakan bagi kebanyakan orang apabila disapukan pada kulit sebagai penghalang serangga.
Ia tidak selamat untuk menghidu minyak serai.
Kanak-kanak: Minyak serai tidak selamat diberikan kepada kanak-kanak melalui mulut. Terdapat laporan keracunan bagi kanak-kanak dan seorang budak yang baru bertatih mati selepas menelan penghalang serangga yang mengandungi minyak serai.
Mengandung dan menyusu badan: Tidak cukup yang diketahui tentang penggunaan minyak serai semasa mengandung dan menyusu badan. Ambillah pendapat yang lebih selamat dan elakkan dari penggunaannya.
Minyak serai mengakibatkan beberapa kesan sampingan, antaranya:
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Herba tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.
Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut: Minyak serai dalam kepekatan 0.5% hingga 10%.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Citronella oil. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-627-citronella%20oil.aspx?activeingredientid=627&activeingredientname=citronella%20oil. Accessed April 11, 2017.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen