Pengawalan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.
Adakah pau d’arco selamat digunakan?
Kanak-kanak: Jangan beri pau d’arco kepada bayi atau kanak-kanak.
Mengandung dan menyusu badan: Tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai tentang keselamatan mengambil pau d’arco jika anda menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaannya.
Pembedahan: Berhenti menggunakan pau d’arco sekurang-kurangnya dua minggu sebelum prosedur yang dijadualkan.
Kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan pau d’arco?
Pau d’arco mungkin tidak selamat digunakan apabila diambil melalui mulut dalam dos yang biasa. Dos yang tinggi boleh mengakibatkan loya teruk, muntah, cirit birit, pening dan pendarahan dalaman.
Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan pau d’arco?
Herba tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.
Elak dari mengambil pau d’arco terutamanya jika anda mengambil ubat antiplatelet and antikoagulan. Pau d’arco mungkin menjejaskan keupayaan darah untuk beku dan boleh mengganggu ubat cair darah, termasuk Warfarin (Coumadin), Clopidogrel (Plavix) Aspirin.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubatan ini.
Apakah kebiasaan dos bagi pau d’arco?
Kapsul:
Dos yang disyorkan adalah 300-500 mg; tiga kali sehari.
Tinktur (1:5):
Dos yang disyorkan adalah 0.5 – 1 Ml dua atau tiga kali sehari.
Rebusan:
Rebus kulit kayu kering atau teras kayu selama sekurang-kurangnya 8 minit dan minum satu setengah hingga satu cawan penuh 2-4 kali sehari.
Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.
Ketersediaan pau d’arco?
Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:
- Tablet
- Teh kulit kayu kering
- Tinktur (yang mengandungi alkohol)
- Rebusan
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen