Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus
Kehamilan dan menyusukan anak: Masih tiada maklumat yang sahih tentang keselamatan untuk mengambil mezereon jika anda mengandung atau menyusu. Ambil langkah berjaga-jaga dan elakkan menggunakannya.
Kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan Mezereon?
Mezereon boleh menyebabkan banyak kesan sampingan yang serius termasuklah bengkak mulut dan kemerahan, perut memulas, kencing berdarah, halusinasi, degupan jantung laju, kejang, dan kematian.
Mezereon boleh menyebabkan kulit merah, bengkak yang menyakitkan, melepuh, dan kerosakan kulit kekal (necrosis). Jika mezereon terkena mata, ia boleh menyebabkan kegatalan dan bengkak mata yang serius.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat kesan sampingan yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang kesan sampingan, sila hubungi ahli herba atau doktor anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Mezereon?
Mezereon mungkin bertindak balas dengan ubat yang anda sedang guna atau penyakit yang sedia ada. Sila berbincang dengan penjual herba atau doktor sebelum menggunakannya.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos yang biasa?
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Apakah bentuk ketersediaan Mezereon?
Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen