Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Tindak balas
Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Gajus?
Gajus mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Sesetengah produk yang boleh berinteraksi dengan herba ini, termasuk:
- Ubat anti-diabetes.
- Ubatan penyekat reseptor angiotensin II (ARB), penyekat saluran kalsium (CCB), dan ubatan jantung yang lain.
- Ubatan antibiotik, antikulat, antivirus.
- Ubat penurun kadar lipid.
- Ubat agen antikanser.
- Anti cirit-birit.
- Anti-radang.
- Imunosupresan.
Penggunaan /Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Apakah dos Gajus yang biasa digunakan?
Untuk cirit-birit:
Rebusan biasa daun dan ranting pokok gajus boleh diambil melalui mulut 2-3 kali sehari.
Untuk sindrom metabolik (penyakit jantung koronari):
Biji/kacang gajus tanpa garam boleh diambil melalui mulut selama lapan minggu.
Dos untuk produk herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Apakah bentuk penyediaan Gajus?
Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:
- Produk biji / kacang gajus.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen