Alahan: Kiwi boleh mengakibatkan alahan kepada orang yang alah kepada buah, tumbuhan atau rempah ratus yang lain seperti avokado, birch pollen, buah ara,kacang hazel, lateks, kaskas, rye, biji bijan, atau gandum . Elakkan memakan buah kiwi atau sebarang produknya jika anda mempunyai alahan kepada buah / tumbuhan di atas
Pembedahan:Kiwi boleh memperlahankan pembekuan darah dalam sesetengah orang. Oleh itu,secara teorinya kiwi boleh meningkatkan risiko pendarahan semasa pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.
Kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan kiwi?
Kiwi boleh mengakibatkan tindak balas alergi seperti kesukaran untuk menelan (dysphagia), muntah dan geligata bagi orang yang alah kepada buah ini.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Tindak balas ubat
Apakah tindak balas yang mungkin berlaku dengan kiwi?
Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos yang biasa digunakan?
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Apakah bentuk ketersediaan kiwi yang boleh didapati?
Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:
- Buah
- Ekstrak cecair
- Serbuk
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen