Pembedahan: Tribulus mungkin boleh menganggu paras gula dalam darah. Ia boleh menganggu kawalan gula dalam darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti daripada menggunakan Tribulus sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan dijadualkan.
Kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan Tribulus?
Kesan sampingan boleh termasuk sukar untuk tidur dan haid tidak sekata. Terdapat juga laporan mengenai masalah paru-paru yang serius dikaikan dengan memakan buah Tribulus.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Tindak balas ubat
Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan Tribulus?
Tribulus ini boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.
Produk-produk yang boleh bertindak balas dengan Tribulus, termasuklah:
Tribulus mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.” Pengambilan Tribulus boleh mengurangkan kebolehan badan untuk membuang litium. Ini boleh meningkatkan kuantiti litium di dalam badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang serius. Beritahu pembekal rawatan kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini jika anda sedang mengambil litium. Dos litium anda mungkin perlu diubah.
- Ubat untuk diabetes (ubat antidiabetes)
Tribulus boleh mengurangkan gula dalam darah. Ubat diabetes juga digunakan bagi mengurangkan gula dalam darah. Pengambilan Tribulus bersama ubat diabetes boleh menyebabkan gula dalam darah anda menjadi terlalu rendah. Pantau gula dalam darah anda dengan baik. Dos ubat diabetes anda mungkin perlu diubah.
Beberapa ubat yang digunakan untuk diabetes termasuk glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain.
- Ubat untuk jantung dan tekanan darah, termasuk penyekat beta, digoxin, penyekat saluran kasium, diuretik, perencat ACE, nitrate.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan pakar herba atau doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil herba ini.
Apakah dos yang biasa digunakan bagi Tribulus?
Dos bagi herba tambahan ini berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.
Apakah bentuk Tribulus yang boleh didapati?
Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:
- Kapsul
- Tablet
- Ekstrak cecair
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen