Jangan berikan pada kanak – kanak tanpa pengawasan daripada pegawai kesihatan.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilannya?

Tirosin boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mual, sakit kepala, keletihan, pedih ulu hati, dan sakit sendi.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Tindak balas
Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan L-Tirosin?
Fungsi tirosin mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil.
Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Produk yang menunjukkan tindak balas seperti :
Tirosin akan mengurangkan penyerapan levodopa dalam badan. Dengan pengurangan jumlah levodopa yang diserap oleh badan, tirosin akan menyebabkan penurunan keberkesanan levodopa. Jangan mengambil tirosin dan levodopa pada masa yang sama.
Tubuh badan secara semulajadinya akan menghasilkan hormon tiroid. Tirosin akan menyebabkan peningkatan hormon tiroid yang dihasilkan oleh badan. Mengambil tirosin dengan pil hormon tiroid boleh menyebabkan terlalu banyak hormon tiroid terkumpul di dalam badan. Perkara ini akan meningkatkan risiko kesan sampingan hormon tiroid.
Penggunaan /Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Apakah dos L-Tirosin yang biasa digunakan?
Dos yang berikut telah dikaji secara santifik:
Melalui oral
Untuk meningkatkan kewaspadaan akibat tidak tidur bagi jangka masa yang lama: 150 mg / kg / hari tirosin.
Untuk PKU: Cadangan terkini bagi individu yang mempunyai PKU adalah penggabungan 6 gram tirosin setiap 100 gram protein. Walau bagaimanapun, suplemen tambahan yang bebas tirosin tidak disyorkan kerana ia boleh menghasilkan variasi yang begitu jauh bagi jumlah tirosin dalam darah dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Dos untuk tirosin ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain.
Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen