Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Asid Para-aminobenzoik (PABA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam vitamin asid folat dan juga dalam beberapa makanan termasuk bijirin, telur, susu dan daging.
Asid Para-aminobenzoik (PABA) biasanya digunakan untuk merawat:
Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa PABA digunakan sebagai pelindung suria kerana ia boleh menghalang radiasi ultraviolet (UV) ke kulit.
Berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:
Pengawalan bagi suatu herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
PABA mungkin selamat digunakan bagi kebanyakan orang apabila disapukan terus ke kulit.
PABA mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam dos yang tinggi.
Kanak-kanak: Apabila disapukan terus ke kulit, PABA mungkin selamat digunakan bagi kanak-kanak. PABA mungkin selamat bagi kanak-kanak untuk diambil melalui mulut dengan sewajarnya. Dos adalah penting, kerana kesan sampingan yang serius boleh berlaku. PABA mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam dos yang tinggi. Sesetengah kanak-kanak yang mengambil dos PABA lebih besar daripada 220 mg / kg / hari telah meninggal dunia.
Mengandung dan menyusu badan: PABA mungkin selamat apabila digunakan pada kulit semasa mengandung atau menyusu badan. Walau bagaimanapun, tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil PABA melalui mulut jika anda mengandung atau menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaan.
Gangguan pendarahan: Menggunakan PABA secara intravena (oleh IV) mungkin meningkatkan risiko pendarahan pada orang yang mempunyai gangguan pendarahan.
Penyakit buah pinggang: PABA mungkin terkumpul dalam buah pinggang menjadikan penyakit buah pinggang lebih teruk. Jangan gunakannya jika anda mempunyai masalah buah pinggang.
Pembedahan: Menggunakan PABA secara intravena (oleh IV) mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa pembedahan. Berhenti mengambil PABA 2 minggu sebelum pembedahan.
PABA boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan mungkin juga mewarnakan pakaian dengan warna kuning. Loya, muntah, sakit perut, cirit-birit dan hilang selera mungkin kadangkala berlaku.
Mengambil lebih daripada 12 gram sehari boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti masalah hati, buah pinggang, dan darah.
Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor anda.
PABA mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor anda sebelum guna.
Produk yang boleh bertindak balas dengan PABA termasuk:
Asid para-aminobenzoik (PABA) boleh mengurangkan keberkesanan antibiotik tertentu yang dipanggil sulfonamide.
Beberapa antibiotik termasuk sulfamethoxazole (Gantanol), sulfasalazine (Azulfidine), sulfisoxazole (Gantrisin) dan trimethoprim/sulfamethoxazole (Bactrim, Septra).
Dapson (Avlosulfon) digunakan sebagai antibiotik. Asid Para-aminobenzoik (PABA) boleh mengurangkan keberkesanan dapson (Avlosulfon) untuk merawat jangkitan.
Tubuh menghancurkan kortison untuk menyingkirkannya. Asid para-aminobenzoik (PABA) mungkin mengurangkan kelajuan tubuh menghancurkan kortison. Mengambil PABA melalui mulut dan mendapat suntikan kortison boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan kortison.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos bagi PABA mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Makanan tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.
Asid Para-Aminobenzoik (PABA) boleh didapati dalam bentuk yang berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen