Pembedahan: Beri juniper boleh menjejaskan paras gula dalam darah dan menyukarkan kawalannya semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.
Kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan juniper?
Menyapu juniper terus pada kulit boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti kerengsaan, kepanasan, kemerahan dan bengkak. Elakkan penggunaannya pada luka yang besar.
Selain itu, pengambilan juniper melalui mulut untuk jangka masa panjang atau dengan dos yang tinggi boleh menyebabkan masalah ginjal, sawan dan lain-lain kesan sampingan yang serius
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Tindak balas ubat
Apakah tindak balas yang mungkin berlaku dengan juniper ?
Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini termasuklah:
Ubat untuk merawat diabetes / kencing manis (Ubat anti-diabetes)
Juniper boleh merendahkan paras gula dalam darah sebagaimana ubat-ubat yang digunakan untuk merawat diabetes. Pengambilan herba ini bersama dengan ubat untuk diabetes boleh menyebabkan paras gula jatuh ke tahap yang merbahaya. Periksa paras gula anda dengan teliti ,sekiranya perlu, dos ubat untuk diabetes mungkin perlu diubah.
Ubat-ubat yang digunakan untuk merawat diabetes termasuklah glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain.
Pil air (Ubat diuretik)
Juniper boleh berfungsi seperti ‘pil air’ dengan meningkatkan penyingkiran air daripada tubuh badan. Mengambil herba ini bersama dengan ubat diuretik / pil air yang lain boleh menyebabkan tubuh badan kehilangan air terlalu banyak lalu mengakibatkan simptom-simptom seperti pening dan tekanan darah yang terlalu rendah.
Beberapa ubat diuretik / pil air yang biasa digunakan termasuklah chlorothiazide (Diuril), chlorthalidone (Thalitone), furosemide (Lasix), hydrochlorothiazide (HCTZ, Hydrodiuril, Microzide), dan lain-lain.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos juniper yang biasa digunakan?
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Apakah bentuk ketersediaan juniper yang boleh didapati?
Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:
- Suplemen pemakanan (kapsul)
- Teh herba
- Serbuk
- Ekstrak cecair
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen