Asarum

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Asarum?

Asarum merupakan suatu tumbuhan. Akarnya digunakan untuk membuat ubat.

Di sebalik masalah keselamatan yang serius, asarabacca digunakan bagi merawat bronkitis, kekejangan bronkus, dan asma bronkus. Ia juga digunakan dalam merawat batuk, pneumonia, sakit dada (angina), migrain, sakit hepar dan dihidrasi. Sesetengah orang menggunakannya untuk menyebabkan muntah. Wanita menggunakannya bagi memulakan tempoh haid mereka dan menyebabkan pengguguran.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana Asarum berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walaubagaimanapun, kimia pada Asarum telah diketahui mempunyai kesan ke atas paru-paru. Kimia lain pada Asarum mungkin mengakibatkan muntah.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Asarum?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Asarum atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna atau haiwan.

Pengawalan bagi herba kurang ketat berbanding dengan pengawalan dadah. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Asarum selamat digunakan?

Asarum ini mungkin selamat apabila diambil dengan mulut dalam tempoh yang singkat selagi ia tidak tercemar dengan kimia dipanggil asid aristolokik.

Asarum yang tidak tercemar dengan asid aristolokik mungkin tidak selamat apabila diambil dengan mulut dalam jumlah yang banyak atau tempoh yang lama.

Asarum menjadi tidak selamat apabila diambil dengan mulut pada bila-bila masa sekiranya ia tercemar dengan kimia asid aristolokik. Kimia ini boleh merosakkan buah pinggang atau mengakibatkan kanser.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Mengandung dan menyusu badan: Sekiranya anda sedang mengandung, anda mungkin tidak selamat untuk mengambil Asarum. Ia akan memulakan tempoh haid anda atau menyebabkan kontraksi uterus. Hal ini mungkin mengakibatkan keguguran. Elakkan dari menggunakannya.

Tidak cukup yang diketahui tentang apa yang boleh berlaku kepada bayi dijaga jika diambil semasa menyusu. Ambillah pendapat yang lebih selamat dan elakkan penggunaannya.

Masalah perut atau usus (gastrointestinal, GI): Asarum boleh mengganggu saluran GI. Jangan menggunakannya jika anda mempunyai ulser, penyakit debu inflamatori atau penyakit Crohn.

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Asarum?

Asarum dalam jumlah yang banyak, walaupun ia bebas daripada pencemaran boleh menyebabkan loya, muntah, lidah terbakar, cirit birit, ruam dan lumpuh.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Asarum?

Asarum mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Asarum yang biasa digunakan?

Dos bagi Asarum mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Asarum?

Asarum boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Ekstrak cecair Asarum

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Cabaran Terpaksa Ditempuh Untuk Bendung COVID-19, Bukan Senang-Senang Boleh Hilang Ya!

    Pengkaji perlu mencari jawapan kepada persoalan yang timbul dalam menangani wabak virus korona baharu. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 05/02/2020 . 3 minit bacaan

    Netizen, Persiapkan Diri Anda Menghadapi Wabak Virus Korona Wuhan SEKARANG!

    Baru-baru ini, wabak virus korona baharu Wuhan telah menular di negara China. Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 23/01/2020 . 4 minit bacaan

    SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk)

    Sindrom pernafasan akut teruk atau SARS adalah satu bentuk pneumonia. Penyakit ini pertama kali muncul di negara China pada bulan November 2002

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/12/2019 . 3 minit bacaan

    Jangkitan Pneumonia

    Pneumonia merupakan jangkitan atau radang paru-paru. Jom ketahui apakah punca, siapa yang berisiko dan kaedah rawatan bagi masalah ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 12/12/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan virus

    Ciuman Bibir Ke Bibir Boleh Jadi Punca Terkena Pneumonia? Hati-hati Dengan Sakit Radang Peparu Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan
    kahak berdarah

    Tibi Dan Pneumonia, Gejala Yang Sama Tapi 2 Penyakit Berbeza, Mana Satu Lebih Bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 20/07/2020 . 3 minit bacaan
    radang paru paru

    TERGEMPAR! Muncul Virus Baru Di Kazakhstan, Lebih Dahsyat Dari COVID-19, Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan pneumonia

    AWAS! Ini Sebab Mengapa Jangkitan Pneumonia BAHAYA Untuk Orang Tua

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/02/2020 . 4 minit bacaan