Langkah berjaga- jaga serta amaran khusus
Wanita hamil dan menyusukan anak: Wormwood tidak selamat digunakan apabila diambil melalui oral ketika hamil dalam jumlah yang lebih besar daripada yang biasa dijumpai dalam makanan. Kebimbangan berlaku terhadap kandungan thujone. Thujone boleh menjejaskan rahim serta membahayakan kehamilan. Adalah lebih baik untuk mengelakkan penggunaan wormwood secara topikal, kerana tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaannya secara langsung ke kulit.
Sekiranya anda sedang menyusukan anak, jangan gunakan wormwood sehingga lebih banyak maklumat didapati mengenai keselamatannya.
Alergi kepada tumbuhan ragweed dan yang berkaitan: Wormwood boleh menyebabkan reaksi alergi terhadap individu yang sensitif kepada keluarga Asteraceae / Compositae. Ahli keluarga ini termasuk ragweed, chrysanthemums, marigolds, daisies, dan banyak lagi. Jika anda mempunyai alahan, pastikan anda menyemak dengan pegawai kesihatan anda sebelum mengambil wormwood.
Penyakit darah diwarisi yang jarang berlaku dipanggil porphyria: Thujone yang terdapat di minyak wormwood mungkin meningkatkan pengeluaran bahan kimia yang dipanggil porphyrins. Ini boleh menjadikan porphyria menjadi lebih teruk.
Masalah buah pinggang: Pengambilan minyak wormwood mungkin menyebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi. Sekiranya anda mengalami masalah buah pinggang, sila berbincang dengan pegawai kesihatan anda sebelum mengambil wormwood.
Gangguan kejang, termasuk epilepsi: Wormwood mengandungi Thujone, yang boleh menyebabkan sawan. Terdapat kebimbangan bahawa wormwood mungkin memberi kesan kekejangan terhadap individu yang lebih cenderung menghadapi masalah ini.
Kesan-kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan wormwood?
Wormwood yang mengandungi thujone yang boleh menyebabkan sawan, kerosakan otot (rhabdomyolysis), kegagalan buah pinggang, kegelisahan, kesulitan tidur, mimpi ngeri, muntah, kekejangan perut, pening, menggeletar, pengekalan air kencing, dahaga, kebas tangan dan kaki, kelumpuhan serta kematian.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan wormwood?
Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Produk yang mempunyai tindak balas dengan wormwood termasuk:
Ubat-ubatan yang digunakan untuk mengelakkan kekejangan memberi kesan terhadap bahan kimia di dalam otak. Wormwood juga boleh menjejaskan bahan kimia di dalam otak. Dengan menjejaskan bahan kimia di otak, wormwood boleh mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah kekejangan.
Sesetengah ubat yang digunakan untuk mencegah kekejangan termasuk phenobarbital, primidone (Mysoline), asid valproic (Depakene), gabapentin (Neurontin), carbamazepine (Tegretol), phenytoin (Dilantin), dan lain-lain.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos wormwood yang biasa diberikan?
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Apakah bentuk ketersediaan wormwood?
Wormwood boleh didapati dalam bentuk:
- Kapsul esktrak wormwood
- Ekstrak cecair wormwood organik yang disahkan
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen