Hamil serta menyusukan anak: Tiada kajian yang lengkap tentang keselamatan pengambilan xylitol terhadap wanita hamil dan menyusukan anak. Sila ambil langkah selamat dan elakkan pengambilannya.
Kesan-kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan xylitol?
Terdapat kebimbangan bahawa pengambilan dos yang sangat tinggi untuk jangka masa yang panjang (lebih daripada tiga tahun) boleh menyebabkan terbentuknya tumor.
Xylitol boleh menyebabkan cirit-birit dan gas usus.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan xylitol?
Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos xylitol yang biasa diberikan?
Dos berikut telah dikaji secara saintifik:
Melalui oral :
Untuk mengurangkan risiko jangkitan telinga pada kanak-kanak prasekolah: jumlah dos harian 8.4 hingga 10 gram xylitol dalam bentuk gula getah, lozenges, atau sirap yang diberi dalam lima dos yang telah dibahagikan selepas makan.
Aplikasi terhadap kulit:
Untuk pencegahan rongga terhadap orang dewasa dan kanak-kanak, pelbagai dos telah digunakan. Biasanya, dos adalah 7 hingga 20 gram sehari dibahagikan kepada tiga hingga lima dos, biasanya diberikan sebagai gula-gula atau gula getah yang menyentuh gusi.
Dos pengambilan xylitol mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.
Apakah bentuk ketersediaan xylitol?
Xylitol boleh didapati dalam bentuk:
- Serbuk
- Gula getah
- Ubat gigi, pencuci mulut
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen