backup og meta

Licorice

Kegunaan

Apakah kegunaan licorice?

Licorice adalah sejenis herba.

Licorice diambil melalui mulut untuk pelbagai masalah sistem pencernaan termasuk ulser perut, pedih ulu hati, kolik, dan keradangan lapisan perut berterusan (gastritis kronik).

Sesetengah orang mengambil licorice melalui mulut untuk sakit tekak, bronkitis, batuk, dan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria atau virus.

Licorice juga diambil melalui mulut untuk penyakit Addison, sejenis diabetes yang disebabkan kekurangan hormon (diabetes insipidus), gejala menopaus, osteoporosis, osteoartritis, lupus eritematosus sistemik (SLE), gangguan hati, malaria, tuberkulosis, paras kalium tinggi dalam darah, keracunan makanan, sindrom letih yang kronik (CFS), keadaan di mana terdapat terlalu banyak tonus otot (hipertonia), abses, pemulihan selepas pembedahan, ruam, kolesterol tinggi.

Licorice kadangkala diambil melalui mulut bersama dengan herba Panax ginseng dan Bupleurum falcatum untuk memperbaiki fungsi kelenjar adrenal, terutama bagi orang yang telah mengambil ubat steroid jangka panjang. Steroid cenderung untuk menekan aktiviti kelenjar adrenal. Kelenjar adrenal menghasilkan hormon penting yang mengawal tindak balas badan terhadap tekanan.

Licorice juga diambil melalui mulut dengan kombinasi bersama peony untuk meningkatkan kesuburan pada wanita dengan gangguan hormon yang disebut sindrom ovarium polisistik, untuk merawat orang yang mempunyai tahap hormon prolaktin yang tidak normal, untuk kekejangan otot, dan untuk mengurangkan sakit kanser. Dalam kombinasi dengan herba lain, Licorice juga digunakan untuk merawat kanser prostat dan gangguan kulit yang dikenali sebagai ekzema. Licorice juga diambil bersama dengan andrographis, ginseng Siberia, dan schisandra untuk merawat demam Mediterranean familial. Keadaan yang diwarisi (keturunan) ini dicirikan oleh bengkak yang berulang dan menyakitkan di dada, perut, atau sendi. Rumusan yang mengandungi akar licorice bersama-sama dengan kulit kayu elm licin, laktulosa, dan bran oat telah digunakan untuk sindrom usus rengsa (IBS).

Sesetengah orang menggunakan licorice sebagai syampu untuk mengurangkan rasa berminyak pada rambut mereka. Ia juga digunakan sebagai gel untuk gatal-gatal, kulit yang meradang (ekzema), untuk menghentikan pendarahan, sebagai tampalan di mulut atau sebagai ubat kumur untuk kudis kanker, sebagai krim untuk psoriasis, penurunan berat badan, atau keadaan kulit dicirikan oleh bintik coklat (melisma), sebagai ubat berkumur untuk pemulihan selepas pembedahan, dan sebagai tampalan untuk plak gigi.

Licorice digunakan secara intravena (melalui IV) untuk merawat hepatitis B dan C, serta kudis mulut (lichen planus) pada orang dengan hepatitis C.

Licorice juga digunakan sebagai perasa makanan, minuman, dan produk berasaskan tembakau.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, dianggap bahawa bahan kimia yang terdapat dalam licorice mempunyai keupayaan untuk mengurangkan bengkak, rembesan lendir nipis, mengurangkan batuk, dan meningkatkan bahan kimia dalam badan kita yang menyembuhkan ulser.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan Licorice?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam Licorice atau ubat-ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat berbanding kawalan bagi ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Sejauh manakah licorice selamat digunakan?

Licorice mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut dalam kuantitibyang terkandung dalam makanan. Licorice mungkin selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang lebih besar untuk tujuan perubatan dan apabila digunakan pada kulit untuk jangka waktu yang pendek. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam kuantiti yang besar selama lebih dari empat (4) minggu atau dalam jumlah yang lebih kecil untuk jangka masa yang panjang.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Adalah tidak selamat untuk mengambil licorice melalui mulut jika anda mengandung. Pengambilan licorice dalam kuantiti yang tinggi semasa mengandung, iaitu kira-kira 250 gram licorice setiap minggu, dilihat meningkatkan risiko kelahiran pra-matang. Ia mungkin menyebabkan keguguran atau kelahiran pra matang. Tiada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil licorice jika anda menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan penggunaannya.

Penyakit jantung: Licorice boleh menyebabkan tubuh menyimpan air, dan ini boleh menyebabkan keadaan kegagalan jantung kongestif bertambah teruk. Licorice juga boleh meningkatkan risiko denyutan jantung yang tidak teratur. Jangan ambil licorice jika anda mempunyai penyakit jantung.

Keadaan peka hormon seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, atau fibroid rahim: Licorice mungkin bertindak seperti estrogen di dalam badan. Jika anda mempunyai apa-apa keadaan yang mungkin bertambah teruk dengan pendedahan kepada estrogen, jangan gunakan licorice.

Tekanan darah tinggi: Licorice boleh menaikkan tekanan darah. Jangan ambil licorice dalam jumlah yang banyak jika anda mempunyai tekanan darah tinggi.

Keadaan otot yang disebabkan oleh masalah saraf (hipertonia): Licorice boleh menyebabkan penurunan paras kalium dalam darah. Ini boleh menyebabkan hipertonia bertambah teruk. Elakkan pengambilan licorice jika anda mempunyai hipertonia.

Paras kalium rendah dalam darah (hipokalemia): Licorice boleh menurunkan paras kalium dalam darah. Jika anda sememangnya mempunyai paras kalium dalam darah yang rendah, licorice boleh menurunkan lagi paras kalium ke paras yang lebih rendah. Jangan ambil licorice jika anda mempunyai keadaan ini.

Penyakit buah pinggang: Pengambilan licorice secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit buah pinggang bertambah teruk. Jangan gunakannya.

Masalah seksual pada lelaki: Licorice boleh menurunkan minat lelaki dalam hubungan seks dan juga memburukkan lagi disfungsi erektil (ED) dengan menurunkan paras hormon yang disebut testosteron.

Pembedahan: Licorice mungkin mengganggu kawalan tekanan darah semasa dan selepas pembedahan. Hentikan penggunaannya sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan sampingan

Apakah jenis kesan sampingan yang saya boleh alami dari pengambilan licorice?

Mengambil licorice setiap hari selama beberapa minggu atau lebih lama boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk termasuk tekanan darah tinggi, kadar kalium yang rendah, kelemahan, lumpuh, dan kadang-kadang menyebabkan kerosakan otak pada orang yang sebenarnya sihat. Bagi orang yang mengambil garam pada kadar yang tinggi atau mempunyai penyakit jantung, penyakit buah pinggang, atau tekanan darah tinggi, pengambilan walaupun hanya 5 gram sehari boleh menyebabkan masalah ini.

Kesan sampingan lain penggunaan licorice termasuk keletihan, ketiadaan haid dalam wanita, sakit kepala, air dan pengekalan natrium, dan menurunkan minat dan fungsi seksual pada lelaki.

Orang yang mengunyah tembakau yang berperisa dengan licorice mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan kesan sampingan yang serius.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan pengambilan licorice?

Licorice boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa anda atau keadaan perubatan. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan licorice termasuk:

  • Warfarin (Coumadin)

Warfarin (Coumadin) digunakan untuk memperlahankan pembekuan darah. Tubuh menguraikan warfarin (Coumadin) untuk menyingkirkannya. Licorice mungkin meningkatkan kadar penguraian dan mengurangkan keberkesanan warfarin (Coumadin). Mengurangkan keberkesanan warfarin (Coumadin) mungkin meningkatkan risiko pembekuan darah. Pastikan darah anda sentiasa diperiksa. Dos warfarin anda (Coumadin) mungkin perlu ditukar.

  • Digoxin (Lanoxin)

Licorice dalam kuantiti yang besar dapat mengurangkan paras kalium dalam tubuh. Paras kalium yang rendah boleh meningkatkan kesan sampingan digoxin (Lanoxin).

  • Estrogen

Licorice dilihat mengubah tahap hormon dalam badan. Mengambil licorice bersama-sama dengan pil estrogen mungkin mengurangkan kesan pil estrogen.

Sesetengah pil estrogen termasuk conjugated equine estrogens (Premarin), etinil estradiol, estradiol, dan lain-lain.

  • Ethacrynic Acid (Edecrin)

Licorice dan Ethacrynic Acid (Edecrin) boleh menyebabkan tubuh anda menyingkirkan kalium. Mengambil licorice dan Ethacrynic Acid (Edecrin) bersama-sama boleh menyebabkan paras kalium dalam badan anda menjadi terlalu rendah.

  • Furosemide (Lasix)

Licorice boleh menyebabkan tubuh menyingkirkan kalium. Furosemide (Lasix) juga boleh menyebabkan tubuh menyingkirkan kalium. Mengambil licorice dan furosemide bersama-sama boleh menyebabkan paras kalium dalam badan anda menjadi terlalu rendah.

  • Ubat yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 2B6 (CYP2B6)

Sesetengah ubat berubah dan diuraikan oleh hati.

Licorice mungkin mengurangkan kadar hati menguraikan jenis ubat. Mengambil licorice bersama-sama dengan ubat-ubatan yang diuraikan oleh hati boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan beberapa ubat. Sebelum mengambil licorice, rujuk dengan penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda mengambil apa-apa ubat yang diuraikan oleh hati.

Antara ubat-ubatan yang diubah oleh hati termasuklah ketamine (ketalar), phenobarbital, orphenadrine (Norflex), secobarbital (Seconal), dexamethasone (Decadron), dan lain-lain.

  • Ubat yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 2C9 (CYP2C9)

Ini termasuk celecoxib (Celebrex), diclofenac (Voltaren), fluvastatin (Lescol), glipizide (Glucotrol), ibuprofen (Advil, Motrin), irbesartan (Avapro), losartan (Cozaar), phenytoin (Dilantin) (Nolvadex), tolbutamide (Tolinase), torsemide (Demadex), dan warfarin (Coumadin).

  • Ubat-ubatan yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 3A4 (CYP3A4)

Ini termasuk lovastatin (Mevacor), ketoconazole (Nizoral), itraconazole (Sporanox), fexofenadine (Allegra), triazolam (Halcion), dan banyak lagi.

  • Ubat untuk tekanan darah tinggi (ubat anti-hipertensi)

Licorice dalam kuantiti yang besar dilihat meningkatkan tekanan darah. Dengan meningkatkan tekanan darah, licorice mungkin mengurangkan keberkesanan ubat untuk tekanan darah tinggi.

Beberapa ubat untuk tekanan darah tinggi termasuk captopril (Capoten), enalapril (Vasotec), losartan (Cozaar), valsartan (Diovan), diltiazem (Cardizem), amlodipine (Norvasc), hydrochlorothiazide (HydroDIURIL), furosemide (Lasix) .

  • Ubat untuk keradangan (Kortikosteroid)

Sesetengah ubat untuk keradangan boleh mengurangkan paras kalium dalam badan. Licorice juga mungkin mengurangkan paras kalium dalam badan. Mengambil licorice bersama-sama dengan ubat-ubatan untuk keradangan menyebabkan paras kalium dalam badan menjadi terlalu rendah.

Beberapa ubat untuk keradangan termasuk dexamethasone (Decadron), hydrocortisone (Cortef), methylprednisolone (Medrol), prednisone (Deltasone), dan lain-lain.

  • Pil air (ubat diuretik)

Sejumlah besar licorice dapat mengurangkan kadar kalium dalam tubuh. “Pil air’ juga boleh mengurangkan kalium dalam badan. Mengambil licorice bersama-sama dengan “pil air’ mungkin menyebabkan paras kalium dalam badan menjadi terlalu rendah.

Sesetengah “pil air’ yang boleh merosakkan kalium termasuk chlorothiazide (Diuril), chlorthalidone (Thalitone), furosemide (Lasix), hydrochlorothiazide (HCTZ, HydroDIURIL, Microzide) dan lain-lain.

Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos biasa untuk licorice?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

MELALUI MULUT:

  • Untuk sakit perut: 1 mL produk tertentu mengandungi licorice, milk thistle, daun peppermint, German chamomile, caraway, celandine, angelica, lemon balm,dan tumbuhan clown’s mustard (Iberogast; Steigerwald Arzneimittelwerk GmbH) telah diambil tiga kali sehari selama 4 minggu. Juga, 1 mL produk lain yang mengandungi licorice, milk thistle, daun peppermint, German chamomile, caraway, celandine, angelica, dan lemon balm (STW-5-S, Steigerwald Arzneimittelwerk GmbH) telah diambil tiga kali sehari selama 4 minggu. Selain itu, 1 mL produk tertentu yang mengandungi clown’s mustard plant, German chamomile, peppermint, caraway, licorice, dan lemon balm (STW 5-II, Steigerwald Arzneimittelwerk GmbH) telah diambil tiga kali sehari selama 12 minggu
  • Untuk pemulihan selepas pembedahan: Satu lozenge tertentu (Sualin, Hamdard Pharma, India) yang mengandungi 97 mg licorice telah dihisap selama 30 minit sebelum anestesia

DISAPU PADA KULIT:

  • Untuk kulit gatal dan radang (ekzema): Produk gel yang mengandungi 1% atau 2% ekstrak akar licorice telah digunakan tiga kali sehari selama 2 minggu
  • Untuk pemulihan selepas pembedahan: Berkumur dengan 30 ml satu cecair yang mengandungi 0.5 gram licorice sekurang-kurangnya satu minit bermula dalam 5 minit sebelum pemasangan tiub pernafasan, pernah digunakan

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan licorice yang boleh didapati?

Licorice boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Suplemen diet (kapsul)
  • Teh herba
  • Ekstrak cecair
  • Serbuk

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan:

Licorice.

http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-881-licorice.aspx?activeingredientid=881. Accessed July 03, 2017.

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!

Akar Seruntun Kaya Khasiat, Tapi, Jika Terlebih Dos Boleh Sebabkan Kesan Toksik Pada Hati!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan