Parsley Piert

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/01/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan parsley-piert?

Parsley piert merupakan ubat herba. Bahagiannya yang tumbuh atas tanah digunakan untuk:

  • Mengubati karang ginjal, jangkitan, demam, karang pundi kencing, dan pengekalan cecair
  • Melegakan dan menyembuhkan luka, calar
  • Menenangkan lapisan buah pinggang dan usus

Lebih banyak bukti diperlukan bagi menilai keberkesanan parsley piert untuk kegunaan ini.

Parsley piert mungkin diberikan untuk kegunaan lain; rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah parsley-piert berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil parsley-piert?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam parsley-piert atau ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna atau haiwan

Pengawalan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan dadah. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah parsley-piert selamat digunakan?

Mengandung dan menyusu badan:  Tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai tentang keselamatan menggunakan parsley-piert jika anda mengandung atau menyusu badan. Ambillah pendapat yang lebih selamat dan elakkan penggunaannya.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan parsley-piert?

Parsley-piert mungkin menyebabkan kesan-kesan sampingan ini, seperti:

  • Masalah pernafasan
  • Rasa ketat pada tekak dan dada
  • Sakit dada
  • Kulit gatal-gatal, ruam atau kulit gatal mahupun bengkak

Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan parsley-piert?

Herba tambahan ini mungkin bertindakbalas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

Terutamanya jika anda mengalami tekanan darah tinggi atau penyakit jantung mahupun salur darah.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubatan ini.

Apakah dos yang biasa digunakan bagi parsley-piert?

Teh:

Dos yang disyorkan adalah 3-4 cawan sehari.

Tinktur:

Dos yang disyorkan adalah 2-4ml, 3 kali sehari.

Ekstrak cecair:

Dos yang disyorkan adalah 2-4ml melalui oral, 3 kali sehari.

Herba yang telah dikeringkan:

Dos yang disyorkan adalah 2-4mg melalui oral.

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk dos yang sesuai.

Ketersediaan ubat

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Kapsul
  • Tablet
  • Tinktur
  • Ekstrak cecair
  • Herba yang telah dikeringkan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Kopi Saja, Tapi 9 Makanan Harian Ini Juga Ada Kafein! Patutlah Mata Selalu Cerah

    Pernahkah anda terfikir, apakah makanan berkafein lain selain kopi? Atau anda sendiri tidak tahu rupanya ada juga sumber kafein lain selain kopi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Muka Putih Tapi Siku & Lutut Hitam? Petua Semula Jadi Ini Bantu Cerahkannya Kembali

    Memiliki kulit siku dan lutut hitam boleh menjejaskan penampilan seseorang, lagi-lagi bagi golongan wanita yang gemar memakai seluar atau dress pendek.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Haid bagi setiap wanita adalah berbeza-beza! Pun begitu, kenal pasti masalah menstruasi yang tidak harus diabaikan sekiranya anda mengalaminya. Jom baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Aduh, Panas Hati Bila Anak Suka Conteng Dinding! Bertenang, Cuba 5 Tip Ini Untuk Atasinya

    Anak suka conteng dinding di rumah walaupun dilarang berulang kali? Itu semuanya ada kaitan dengan proses perkembangan mereka. Mari ikuti penjelasan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara hilangkan sakit tekak

    Kesan Pada Tekak Jika Alami Difteria, Ini 8 Simptom Yang Boleh Bawa Maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    garis hitam

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    alat pencegah kehamilan

    Kurang Popular, Tapi Alat Cegah Hamil Ini Mudah Dipakai & Efektif! Kenali CINCIN VAGINA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 4 minit bacaan
    positif toksik

    Tak Semua Kata-kata Positif Itu Bagus, Tabiat Positif Toksik BAHAYA Kepada Mental Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan