home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Osha

Kegunaan|Langkah berjaga-jaga & amaran|Kesan-kesan sampingan|Tindak balas ubat|Penggunaan / Dos

Kegunaan

Apakah kegunaan osha?

Osha digunakan untuk:

  • Sakit tekak
  • Bronkitis
  • Batuk
  • Selesema
  • Selesema burung
  • Pneumonia

Ia juga digunakan untuk merawat jangkitan virus lain termasuk hepes dan AIDS / HIV. Sesetengah orang juga menggunakan osha untuk merawat ketidakhadaman.

Selain itu, osha juga digunakan pada kulit untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan kuman atau virus.

Bagaimanakah osha berfungsi?

Kajian masih belum mencukupi tentang bagaimana osha ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun, telah diketahui bahawa osha mengandungi bahan kimia yang boleh membunuh bakteria dan virus.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil osha?

Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda sekiranya:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap osha atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat daripada pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah osha selamat?

Osha selamat untuk kebanyakan orang dewasa.

Langkah berjaga-jaga serta amaran khusus

Mengandung serta menyusukan anak: Tidak selamat mengambil osha ketika sedang mengandung. Osha boleh menyebabkan rangsangan kehadiran semula haid maka secara tidak langsung boleh mengakibatkan keguguran. Elakkan mengambil osha ketika mengandung.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan osha?

Osha boleh menyebabkan perpeluhan kerana peningkatan peredaran darah.

Selain itu, pengambilan osha juga boleh menyebabkan alergi.

Walau bagaimanapun, bukan semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan osha?

Osha ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos osha yang biasa diberikan?

Dos untuk osha ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Ketersediaan osha

Osha boleh didapati dalam bentuk:

  • Akar pokok osha yang kering
  • Cecair ekstrak akar osha
  • Ekstrak kapsul akar osha
  • Sirap ubat batuk akar osha

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 06/07/2018
x