Kalkulator Kesuburan

Mari ikuti perkembangan kitaran kesuburan anda dengan alatan mudah ini!
health-tool-icon

Adakah anda kira BMI untuk diri sendiri?

Pantau kitaran haid

28

Objektif

(hari)

7

FAQ

Apakah maksud waktu subur (ovulasi)?

Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan dari ovari dan bergerak ke tiub falopio. Di sana, telur akan menunggu proses persenyawaan. Jika ia tidak disenyawakan, telur akan pecah dan lapisan uterus akan tanggal dan keluar sebagai haid.

Berapa lamakah ovulasi dan tempoh subur bertahan?

Kitaran haid wanita berbeza, oleh sebab itu jendela subur mungkin berbeza mengikut individu. Jendela kesuburan wanita mungkin berlangsung selama 6 hari, namun ovulasi hanya berlaku sekali. Tempoh masanya antara 12 hingga 48 jam.

Anda paling subur pada tiga hari sebelum dan pada hari ovulasi.

Pantau kitaran haid

Tidak tahu apa-apa mengenai kitaran haid bukan sahaja akan mencetuskan masalah ketika anda datang haid secara tiba-tiba, ia juga akan menyukarkan janji temu bersama doktor.

Perubahan pada kitaran haid atau sebarang abnormaliti seperti pendarahan yang banyak dan sakit yang keterlaluan merupakan tanda penyakit yang perlukan perhatian doktor.

Malah, jika ada sesuatu yang berubah, anda mungkin tidak akan menyedarinya jika anda tidak memantau kitaran haid dengan teliti.

Haid saya tidak teratur. Bagaimana untuk mengetahui waktu subur saya?

Sukar untuk menentukan tempoh ovulasi jika anda mempunyai haid yang tidak teratur. Anda mungkin tidak melakukan ovulasi dengan kerap atau tempoh ovulasi berbeza setiap bulan. Namun, ada kaedah lain untuk meramal kesuburan dan ovulasi, seperti mencatatkan suhu badan basal (BBT) anda.

Apakah tanda saya sedang subur?

Walaupun kitaran, masa subur dan ovulasi berbeza mengikut haid, ada beberapa simptom yang menandakan bahawa anda sedang memasuki jendela subur. Antaranya termasuklah:
– Keluar lendiran yang basah, licin dan jernih
Suhu badan yang sedikit tinggi berbanding normal
– Payudara rasa lembut
– Rasa sakit pada sisi abdomen
– Libido yang meningkat

Jika anda mengalami simptom ini 10 hingga 16 hari sebelum kitaran haid yang seterusnya bermula, anda mungkin sedang mengalami ovulasi.

Merancang kehamilan

Kehamilan berlaku apabila sperma memasuki vagina, bergerak melalui serviks dan rahim ke dalam tiub falopio lalu mensenyawakan ovum.

Penting untuk anda mengetahui tarikh ovulasi supaya anda boleh menentukan masa bersenggama yang lebih tepat untuk hamil. Pada waktu ini, ovum telah bersedia dan anda berada di dalam keadaan yang paling subur.

Jika anda berumur 40 tahun ke bawah dan melakukan seks dengan kerap tanpa menggunakan alat kontrasepsi, ada 8 hingga 10 peluang anda akan mengandung dalam masa 1 tahun.

Bolehkah kalkulator kesuburan membantu saya hamil?

Kalkulator ovulasi boleh menganggarkan hari anda mengalami ovulasi. Mengetahui hari subur anda dapat meningkatkan peluang untuk hamil. Walau bagaimanapun, kalkulator ovulasi hanya dapat menganggar, ia tidak dapat menjamin kehamilan secara 100%.

Mengelak kehamilan

Kaedah perancang keluarga secara semula jadi atau rhythm method merupakan satu cara yang baik untuk mengetahui hari yang perlu anda elakkan daripada melakukan hubungan seks.

Sebagai satu cara yang boleh dipercayai, anda perlukan beberapa kitaran haid untuk menentukan masa subur anda.

Langkah ini dapat mengelakkan kehamilan dengan cara memantau tempoh subur ketika kitaran haid. Dengan cara ini, anda dapat menentukan hari yang perlu dielakkan daripada melakukan sebarang hubungan seks.

Bolehkah kalkulator kesuburan digunakan sebagai alat pencegah kehamilan?

Penggunaan kalkulator kesuburan sebagai sebagai alat kontraseptif adalah tidak digalakkan. Walaupun kaedah kalendar atau kaedah ritma dikategorikan sebagai satu bentuk perancang keluarga secara semula jadi, keberkesanannya hanyalah sebanyak 76%. Kaedah kalendar pula hanya mengesan kitaran haid serta meramalkan hari subur dan tarikh ovulasi.

Bolehkah kalkulator kesuburan mempengaruhi jantina bayi saya?

Secara amnya, penggunaan kalkulator ovulasi untuk menentukan jantina anak adalah tidak digalakkan. Selama bertahun-tahun, saintis telah menjalankan banyak kajian untuk mengetahui wujudkah cara tertentu untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan. Salah satu cara yang popular ialah kaedah Shettles. Ia mendakwa bahawa anda boleh menentukan jantina anak menggunakan beberapa faktor termasuklah masa melakukan seks. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak mempunyai data saintifik yang cukup untuk menjamin keberkesanannya.

Rujukan

Su, H. et al. (2017). Detection of ovulation, a review of currently available methods, Bioengineering and Translational Medicine. Retrieved 8 June 2021 from https://aiche.onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1002/btm2.10058

Boyle J., and Teede, H. (2014). Irregular menstrual cycles in a young woman, CMAJ. Retrieved 8 June 2021 from https://www.cmaj.ca/content/186/11/850

Stirnemann, J. et al. (2013). Day-specific probabilities of conception in fertile cycles resulting in spontaneous pregnancies, Human Reproduction. Retrieved 8 June 2021 from https://doi.org/10.1093/humrep/des449

What is the rhythm method? Cleveland Clinic. Retrieved 8 June 2021 from https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/17900-rhythm-method#:~:text=The%20rhythm%20method%20is%20a,percent%20effective%20at%20preventing%20pregnancy.

Wilcox, A., Baird, D., and Dunson, D. (2001). The timing of the “fertile window” in the menstrual cycle: day-specific estimates from a prospective study. BMJ. Retrieved 8 June 2021 from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC27529/

National Health Services UK. Irregular periods. Retrieved 8 June 2021 from https://www.nhs.uk/conditions/irregular-periods/

Gestational age. MedlinePlus US National Institute of Health. Retrieved 8 June 2021 from https://medlineplus.gov/ency/article/002367.htm

Why is 40 weeks so Important? New York Department of Health. Retrieved 8 June 2021 from https://www.health.ny.gov/community/pregnancy/why_is_40_weeks_so_important.htm#:~:text=Pregnancy%20lasts%20for%20about%20280,between%2029%20and%2033%20weeks.

Baby due date. Better Health Channel Victoria Department of Health. Retrieved 8 June 2021 from https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/baby-due-date

Know Your Terms – Full Term Pregnancy. US National Institute of Child and Health Development. Retrieved 8 June 2021 from https://www.nichd.nih.gov/ncmhep/initiatives/know-your-terms/moms

ACOG Committee Opinion No. 764: Medically Indicated Late-Preterm and Early-Term Deliveries. US National Institute of Health National Library of Medicine. Retrieved 8 June 2021 from https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30681545/

Alat Kesihatan
Komuniti
Kongsi