health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Kaedah Pengiraan

Panjang Kitaran

28 hari

Info

Haid Terakhir

Tempoh kehamilan selalunya berlangsung selama 40 minggu (atau 38 minggu dari tarikh konsepsi). Oleh sebab itu, cara terbaik menganggarkan tarikh bersalin adalah mengira 40 minggu atau 280 hari dari hari pertama menstruasi anda yang terakhir. Selain itu, anda juga boleh mengira bermula dari hari pertama selepas datang bulan buat kali terakhir, tolak 3 bulan dan tambah 7 hari. Jika tempoh mestruasi terakhir anda bermula pada 11 April 2020, anda perlu tolak 3 bulan (11 Januari), dan tambah 7 hari. Jangkaan hari bersalin akan jatuh pada 18 Januari 2021. Inilah cara doktor menganggarkan tarikh akhir bagi wanita mengandung. Walau bagaimanapun, normal untuk sesiapa sahaja melahirkan anak seminggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Tarikh Konsepsi

Pengiraan usia gestasi mengikut tarikh persetubuhan hanya boleh digunakan oleh pasangan yang ingat hari terakhir mereka melakukan hubungan seks dengan tepat, wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal dan mempunyai tarikh ovulasi yang tetap. Selepas ovulasi, ovum hanya ada masa selama 1 hari untuk terus hidup, manakala sperma pula boleh tinggal di dalam badan wanita selama 5 hari. Oleh sebab itu, sperma hanya boleh melakukan proses fertilisasi di dalam jangka masa ini. Mengikut pengiraan, hari pertama gestasi boleh dihitung bermula dari hari persetubuhan dan tambah 36 minggu atau 266 hari dengan syarat adanya ovulasi.

IVF

Minggu kehamilan dan tarikh bersalin boleh dikira dengan lebih tepat untuk ibu yang melakukan IVF kerana tarikh implantasi embrio atau ovulasi telahpun diketahui. Jika anda ibu yang melakukan IVF, anda boleh menganggar tarikh kehamilan dengan cara menambah 38 minggu (atau 266 hari) dari masa ovum melalui proses fertilisasi. Selain itu, anda juga boleh menambah 38 minggu dan menolak jumlah hari implantasi embrio. Sebagai contoh, untuk ibu yang melakukan pemindahan 3 hari, mereka perlu menolak 3 hari manakala untuk ibu yang melakukan pemindahan 5 hari, mereka perlu menolak 5 hari dari tarikh implantasi embrio.