Kegunaan
Apakah kegunaan Walnut Hitam?
Walnut hitam adalah sejenis pokok. Orang menggunakan penutup luar kacang terbabit (rangkanya) untuk membuat ubat.
Anda pasti?
Walnut hitam adalah sejenis pokok. Orang menggunakan penutup luar kacang terbabit (rangkanya) untuk membuat ubat.
Walnut hitam digunakan untuk merawat:
Sesetengah orang menggunakan walnut hitam sebagai bahan kumur, guna pada kulit kepala sebagai pewarna rambut, atau meletakkannya pada kulit untuk merawat luka.
Tidak ada kajian yang mencukupi mengenai bagaimana walnut hitam berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa walnut hitam mengandungi kepekatan bahan kimia tinggi yang dipanggil tannin, yang boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak serta mengeringkan cecair badan seperti mukus.
Sila berunding dengan doktor anda atau ahli farmasi atau pakar herba, jika:
Peraturan untuk suplemen herba adalah kurang ketat berbanding dengan peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Keuntungan mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Walnut hitam mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil dengan mulut dalam tempoh jangka pendek.
Walnut hitam mungkin tidak selamat apabila digunakan terus ke kulit.
Kehamilan dan menyusu: Jangan guna walnut hitam ke kulit jika anda hamil atau menyusu. Penggunaan topikal ini mungkin tidak selamat. Tidak terdapat maklumat yang boleh dipercayai tentang keselamatan walnut hitam yang diambil melalui mulut jika anda hamil atau menyusu. Kekal selamat dan elakkan penggunaannya.
Tidak diketahui apa kesan sampingan yang mungkin berlaku daripada penggunaan jangka pendek.
Apabila digunakan pada kulit, walnut hitam, dengan juglone yang terkandung di dalam, mungkin menyebabkan kanser lidah atau bibir, terutama jika diterapkan setiap hari.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Produk yang boleh bertindak balas dengan walnut hitam termasuk:
Kayu hitam walnut mengandungi sejumlah besar bahan kimia yang dipanggil tannin. Tannin menyerap bahan dalam perut dan usus. Mengambil walnut hitam bersama-sama dengan ubat-ubatan yang diambil oleh mulut boleh mengurangkan kadar serapan ubat tersebut, dan mengurangkan keberkesanannya. Untuk mengelakkan tindak balas ini, ambil walnut hitam sekurang-kurangnya satu jam selepas ubat-ubatan yang diambil melalui mulut.
Walnut Hitam mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Walnut hitam boleh didapati dalam bentuk-bentuk dos yang berikut:
Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Black Walnut http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-639-black%20walnut.aspx?activeingredientid=639&activeingredientname=black%20walnut Accessed July 31, 2017
Black Walnut Fights Parasites, Heart Disease, Fungi & More https://draxe.com/black-walnut/ Accessed July 31, 2017
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen