Potentilla

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Potentilla?

Potentilla adalah sejenis herba. Bunga dan daunnya biasa digunakan untuk membuat ubat.

Orang kebiasaannya mengambil Potentilla sebagai teh untuk cirit-birit. Wanita biasa mengambilnya untuk sindrom prahaid (PMS) dan untuk haid yang menyakitkan.

Potentilla kadang-kadang digunakan terus ke kawasan yang sakit dan bengkak (keradangan) pada mulut dan tekak.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana Potentilla ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Potentilla mengandungi bahan kimia yang dipanggil tannin yang boleh membantu mengurangkan keradangan kulit dan mempunyai kesan pengeringan (astringen) pada tisu.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Potentilla?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok Potentilla atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Potentilla selamat digunakan?

Potentilla didapati selamat digunakan untuk kebanyakan orang.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan Potentilla adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Potentilla?

Potentilla boleh menyebabkan kerengsaan perut.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan Potentilla?

Potentilla mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Potentilla yang biasa digunakan?

Dos untuk produk Potentilla ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Potentilla?

Produk Potentilla ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut: Ekstrak tulen

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

    Memasuki alam prasekolah, ibu bapa pasti risau akan masalah kesihatan kanak kanak. Ini 10 penyakit paling kerap menjangkiti anak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 23/12/2020 . 3 minit bacaan

    Awas, Nyawa Mungkin Melayang Jika Anda Berlengah Rawat Apendiks!

    Anda sakit apendiks tapi tak mahu dapatkan rawatan lagi? Jangan begitu, tindakan itu boleh menyebabkan masalah kesihatan lain, bahkan mungkin meragut nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 18/12/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Pelik! Ada Wanita Yang Selalu Cirit-Birit Waktu Haid, Ini Namanya ‘Period Poop!’

    Haid berpotensi menyebabkan kekejangan, perubahan mood dan jerawat. Tetapi, ia juga boleh mendatangkan 'malapetaka' pada sistem pencernaan anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

    Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    komplikasi asma

    Bukan Hanya Kacau Waktu Tidur, Tapi Penyakit Asma Juga Buat Hidup Anda Terjejas

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit asma gangguan pernafasan

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah sembelit selepas menopaus

    SEMBELIT Masalah Lazim Selepas Menopaus! Jadi, Wanita Sila Siap Sedia Dengan 3 Solusi Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan

    Hidung Tersumbat Buat Bayi Tidak Mahu Menyusu? Ini Cara Rawatan Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan