backup og meta

Ingin Tahu Makanan Terbaik Untuk Anak Umur 1-3 Tahun? Ini Dia, Siap Ada Resipi Sekali!

Ingin Tahu Makanan Terbaik Untuk Anak Umur 1-3 Tahun? Ini Dia, Siap Ada Resipi Sekali!

Sedang mencari resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun? Biasanya dalam lingkungan usia tersebut, anak akan mula mengambil lebih banyak makanan pejal. Tetapi adakah semua jenis makanan boleh diberikan?

Sudah tentu penting untuk ibu bapa mengetahui tentang jenis makanan yang boleh diberikan kepada anak. Dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun

Anak kini lebih banyak mengambil makanan pejal dan lebih aktif. Pemakanan seimbang dapat memenuhi keperluan tubuh anak bagi pertumbuhan, kesihatan dan tenaga untuk bermain, bergerak dan belajar1.

Berikut adalah beberapa cadangan bagi membantu anda membuat pilihan makanan untuk diberikan kepada si kecil.

Apa yang dimakan anak usia 1 tahun?

Perut si manja pada usia ini sangat kecil. Jadi amat penting untuk memastikan setiap gigitan bermanfaat!

Makanan berprotein 

Berikut adalah beberapa idea makanan protein untuk diberikan kepada anak berusia lebih dari setahun. Pastikan ia dimasak lembut dan dipotong dadu atau dihidangkan dengan cara yang selamat untuk dimakan2,3,.

  • Telur
  • Ayam
  • Ikan
  • Daging lembu
  • Kambing
  • Kekacang (dimasak lembut)
  • Hummus
  • Lentil
  • Mentega kacang – disapukan nipis pada roti
  • Tenusu
  • Tauhu
  • Kacang atau bijian yang dikisar dan dicampur ke dalam makanan lain seperti yogurt

Ibu bapa perlu pastikan terdapat makanan berprotein pada setiap hidangan dan snek.

Baca juga:

Sumber lemak dalam resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun

Menambah lemak pada masakan anda akan membantu badan anak menyerap vitamin larut lemak, serta membantu mereka mendapatkan cukup lemak untuk perkembangan otak2,3.

  • Minyak zaitun
  • Minyak avokado
  • Minyak kelapa
  • Mentega
  • Minyak sapi
  • Ikan berlemak (salmon, sardin)
  • Avokado
  • Produk tenusu penuh krim
  • Mentega kacang yang disapu nipis pada roti atau dicampur ke dalam makanan lain

Buah-buahan dan sayur-sayuran dalam resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun

Setiap buah-buahan dan sayuran2,3 yang dihidangkan kepada anak berusia setahun perlu dimasak dan dipastikan cukup lembut untuk dilenyekkan, dengan saiz antara ibu jari dan telunjuk.

Contoh sayuran yang boleh diberikan kepada anak ialah:

  • Lobak merah
  • Ubi keledek
  • Labu
  • Brokoli
  • Sayur-sayuran yang dimasak

Menghidangkan banyak buah-buahan kaya kandungan vitamin C juga sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ini kerana mineral ini membantu penyerapan zat besi dalam tubuh anak.

Resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun #Muffin lobak, keju & tomato4

Ini resipi yang boleh anda cuba untuk diberikan kepada si kecil berusia 1 tahun.

Bahan-bahan:

  • 175 gram tepung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 biji telur – dipukul
  • 2 sudu besar sirap maple
  • 6 sudu besar susu
  • 50 gram keju Parmesan – diparut
  • 3 biji bawang besar – dicincang
  • 75 gram lobak merah, diparut
  • Secubit garam
  • 8 tomato kering dalam minyak – dicincang

Cara penyediaan resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
  2. Campurkan tepung dan serbuk penaik dalam mangkuk besar. Selepas itu, masukkan semua bahan-bahan lain. Kacau perlahan hingga sebati.
  3. Alaskan loyang muffin dengan cawan kertas.
  4. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas tadi.
  5. Bakar dalam ketuhar selama 18-20 minit sehingga kembang dan sedikit keemasan.
  6. Keluarkan loyang dari ketuhar. Biarkan muffin sejuk di atas rak dawai.

Apa yang dimakan anak usia 2 tahun?

Pada usia ini, anak mungkin mula menunjukkan ciri-ciri cerewet makan. Justeru penting untuk memastikan anak mengambil makanan seimbang dan kaya nutrisi5,6,7,8.

resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun

Tawarkan mereka pelbagai jenis makanan dalam semua kumpulan makanan:

  • Sayur-sayuran daripada pelbagai jenis yang dipotong kecil dan dimasak
  • Buah-buahan sama ada dihiris segar atau dalam tin
  • Buah-buahan kering, direndam sehingga lembut untuk mengelakkan tercekik seperti epal, aprikot, pic, pir, kurma atau prun
  • Protein seperti telur, kekacang, mentega kacang, kepingan kecil daging, ayam, ikan atau tauhu
  • Bijirin diperkaya dengan besi seperti oat, barli, gandum, bijirin campuran
  • Bijirin lain, contohnya roti gandum dan kraker, kepingan bagel, pretzel, bijirin sedia untuk dimakan, pasta, nasi
  • Susu rendah lemak dan produk tenusu lain seperti keju potong dadu atau parut, yogurt rendah lemak, keju kotej, puding

Resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun #Sumber tinggi nutrien

Kanak-kanak berusia 2 tahun disarankan mengambil makanan bernutrien dalam diet harian mereka. Makanan kaya dengan vitamin dan mineral penting termasuklah5,6,7,8:

  • Vitamin B12: Produk susu dan telur, minuman soya yang diperkaya, bijirin dan pengganti daging
  • Vitamin D: Daripada sumber susu lembu yang diperkaya atau susu soya
  • Kalsium: Makanan dan minuman yang diperkaya dengan kalsium
  • Zink: Kacang, bijirin yang diperkaya, susu dan gandum penuh
  • Zat besi: Bijirin yang diperkaya dengan zat besi
  • Vitamin C: Oren, tomato dan strawberi. Vitamin C turut berperanan dalam membantu penyerapan zat besi
  • Protein: Yogurt, telur, kekacang, bijirin dan susu soya yang diperkaya
  • Serat: Roti bijirin penuh, bijirin dan pasta yang diperkaya dan makanan berasaskan tumbuhan tinggi lemak seperti mentega biji bunga matahari dan avokado

Resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun #Pasta berkrim9

Buat si kecil yang cerewet soal makan, mungkin resipi ini dapat membantu membuka selera mereka, cubalah!

Bahan-bahan

  • 250 gram pasta/spaghetti
  • 50 gram mentega
  • 1 sudu kecil bawang putih – ditumbuk
  • 300 gram krim keju
  • 100 gram daging ayam – dipotong
  • Garam dan lada sulah
  • 1 cawan kacang pis
  • 1 cawan keju parut

Cara penyediaan:

  1. Masak pasta mengikut arahan paket.
  2. Dalam kuali besar lain, panaskan mentega dengan api sederhana. Setelah mentega cair, masukkan bawang putih dan kacau supaya tidak hangus.
  3. Krim keju dan daging ayam dimasukkan dan dimasak selama beberapa minit. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  4. Tambahkan kacang pis dan keju. Tambahkan perasa jika perlu.
  5. Selepas kacang pis masak, ia sedia untuk dihidangkan.

resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun

Resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun #Apa yang dimakan anak usia 3 tahun?

Memasuki usia 3 tahun, anak memerlukan pilihan makanan yang seimbang bagi memenuhi keperluan nutrien harian mereka.

Makanan berprotein dalam resepi makanan kanak kanak

Terdapat banyak makanan berprotein yang boleh diberikan kepada anak berusia 3 tahun5,6,7,8,10.

  • Produk tenusu seperti susu, keju, yogurt
  • Tauhu
  • Lentil
  • Hummus
  • Kambing
  • Daging lembu
  • Bebola daging
  • Telur
  • Ayam
  • Ikan
  • Mentega kacang
  • Kekacang

Sumber lemak perlu ada dalam resepi makanan kanak kanak

Anda boleh menghidangkan makanan yang mengandungi lemak seperti daging atau produk tenusu, mahupun menambahnya ke dalam masakan5,6,7,8,10.

Antara sumber lemak yang boleh diberikan kepada anak ialah:

  • Minyak avokado
  • Avokado
  • Susu penuh krim seperti susu, keju atau yogurt
  • Mentega kacang yang disapu nipis pada biskut kraker, roti atau dicampur ke dalam makanan lain
  • Ikan berlemak (salmon, sardin)
  • Minyak sapi
  • Mentega
  • Minyak kelapa

Resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun #Buah-buahan dan sayur-sayuran

Berikut ialah senarai sayur-sayuran yang boleh diberikan kepada anak anda5,6,7,8,10:

  • Brokoli
  • Sayur-sayuran yang dimasak
  • Lobak merah, dimasak lembut, dicincang atau dipotong dalam bentuk jejari
  • Ubi keledek
  • Labu

Buah-buahan dan sayur-sayuran lain seperti lada benggala, oren, strawberi dan buah kiwi membantu anak anda mendapatkan vitamin C yang mereka perlukan untuk menyerap zat besi ke dalam badan.

Resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun #Jejari ayam bersalut quinoa11

Bahan-bahan

  • ¾ cawan quinoa – dimasak, disejukkan
  • 1 sudu kecil daun thyme segar – dicincang
  • ¼ cawan keju parmesan – diparut
  • 350 gram filet dada ayam kecil
  • 2 sudu besar pes tomato
  • Garam dan lada sulah

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan alaskan loyang dengan kertas pembakar.
  2. Campurkan quinoa, thyme dan keju dalam mangkuk dengan sedikit garam dan lada sulah.
  3. Masukkan ayam dan pes tomato ke dalam mangkuk.
  4. Toskan ayam dan kemudian salutkan setiap kepingan ke dalam campuran quinoa.
  5. Susun kepingan ayam yang telah disalut di atas loyang yang telah dialas.
  6. Bakar dalam ketuhar selama 15-18 minit hingga keemasan dan masak.

Nutrien untuk sistem penghadaman lebih baik

Pemakanan bernutrisi dan seimbang penting untuk tumbesaran si manja. Namun segala khasiat itu tidak akan dapat diserap tubuh jika sistem penghadaman tidak kuat dan sihat.

Selain menyediakan resepi makanan kanak kanak berkhasiat, berikan si kecil susu Friso Gold yang diperbuat daripada NOVAS Signature Milk dengan teknologi LocNutri untuk menyokong fungsi penghadaman ini.

resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun

Kandungan nutrien seperti galacto-oligosaccharide (GOS)12, nukleotida13,14 dan bifido lactis15 dalam susu Friso Gold dapat membantu penyerapan nutrien, membina sistem penghadaman dan daya ketahanan badan serta menyokong dan membekalkan tenaga yang diperlukan untuk anak membesar dengan sihat.

Teknologi LocNutri pula berfungsi mengekalkan nutrien di dalam susu dalam struktur aslinya dan membolehkan tubuh menyerap semua nutrisi dengan mudah. Ini kerana proses pengeluaran kebanyakan susu lain menggunakan haba tinggi, yang akan mengubah struktur dan kandungan nutrien di dalamnya.

Selain itu, Friso Gold juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin, mineral, DHA, Omega dan lain-lain untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

Dapatkan pek percubaan sehari susu Friso Gold secara percuma atau diskaun 50% bagi pek percubaan 6 hari di sini

Semoga perkongsian artikel ini membawa manfaat dan selamat mencuba resepi makanan kanak-kanak 1-3 tahun!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Healthy Food for Kids. https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/healthy-food-for-kids.htm#. Accessed on Aug 28, 2023.
  2. Dietary guidelines in pictures: children 1-2 years. https://raisingchildren.net.au/toddlers/nutrition-fitness/daily-food-guides/dietary-guide-1-2-years. Accessed on Aug 28, 2023.
  3. What to Feed Toddlers 12-24 Months. https://healthyeatingresearch.org/wp-content/uploads/2021/08/What-to-feed-12-24-month-olds.pdf. Accessed on Aug 28, 2023.
  4. Carrot, Cheese and Tomato Muffins. https://www.kensingtonmums.co.uk/carrot-cheese-and-tomato-muffins/. Accessed on Aug 28, 2023.
  5. Dietary guidelines in pictures: children 2-3 years. https://raisingchildren.net.au/toddlers/nutrition-fitness/daily-food-guides/dietary-guide-2-3-years. Accessed on Aug 28, 2023. 
  6. Ages 2-8 Feeding Recommendations. https://healthyeatingresearch.org/tips-for-families/ages-2-8-feeding-recommendations/. Accessed on Aug 28, 2023.
  7. How to Build a Healthy Toddler (18-35 months). https://hnhu.org/wp-content/uploads/How-to-Build-a-Healthy-Toddler-ENG-2018.pdf. Accessed on Aug 28, 2023.
  8.  Feeding the Toddler & Preschooler. http://www.myhealth.gov.my/en/feeding-the-toddler-a-preschooler/. Accessed on Aug 28, 2023.
  9. Creamy Pasta – The Kids Favourite. https://themacphersondiaries.co.nz/creamy-pasta-the-kids-favourite/. Accessed on Aug 28, 2023.
  10. Nutrition: Toddler. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=toddler-nutrition-90-P02291. Accessed on Aug 28, 2023.
  11. Quinoa Crusted Chicken Fingers. https://wholegrainscouncil.org/recipes/quinoa-crusted-chicken-fingers. Accessed on Aug 28, 2023.
  12. Sijbers, A. M., Schoemaker, R. J. W., Nauta, A., & Alkema, W. (2020). Revealing new leads for the impact of galacto-oligosaccharides on gut commensals and gut health benefits through text mining. Beneficial microbes, 11(3), 283–302. https://doi.org/10.3920/BM2019.0105. Accessed on Aug 28, 2023. 
  13. Nucleotide. https://www.vedantu.com/biology/nucleotide. Accessed on Aug 28, 2023. 
  14. Dietary Nucleotides – Nutrition. https://www.novocib.com/Nucleotide_Analysis_Services.html. Accessed on Aug 28, 2023.
  15. Health benefits of Lactobacillus rhamnosus GG and Bifidobacterium animalis subspecies lactis BB-12 in children. https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/00325481.2020.1731214.  Accessed on Aug 28, 2023.

Versi Terbaru

18/09/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nutrien Penting Untuk Anak Yang Sedang Membesar, Jangan Terlepas 10 Nutrisi Ini

9 Makanan Ini Rahsia Untuk Anak Sihat, Tak Mudah Sakit!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan