backup og meta

Susu Kambing VS Susu Lembu, Yang Mana Lebih Baik Untuk Si Kecil?

Si kecil dah menghampiri wean off, jadi apakah susu yang sesuai untuk diberikan? Bolehkah berikan susu kambing untuk anak atau susu lembu lebih sesuai? Bagaimana pula dariaspek manfaat susu?

Pastinya perdebatan dalam topik berkaitan manfaat susu formula sama ada susu lembu atau susu kambing sangat hangat diperkatakan. 

Mana satu antara 2 pilihan tersebut lebih sihat dan lebih selamat untuk si manja anda?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Perbezaan antara susu lembu dan susu kambing untuk anak

Ini antara perbezaan utama bagi susu lembu dan susu kambing yang perlu anda ketahui:

1. Proses pencernaan

Susu kambing  dikatakan lebih mudah dicerna berbanding susu lembu kerana ukuran dan struktur molekul lemaknya. 

Molekul lemak susu lembu adalah jauh lebih besar sehingga organ si manja perlu bekerja lebih keras untuk mencernanya. 

2. Jumlah laktosa dalam susu kambing untuk anak

Berbanding susu lembu, susu kambing mengandungi jumlah laktosa atau turut dikenali sebagai gula susu yang lebih kecil. 

Umumnya, sistem badan manusia dicipta untuk memecahkan makanan, termasuk gula sehingga perut si kecil hanya perlu menggunakan sedikit enzim untuk mencerna laktosa.

3. Susu kambing untuk eczema kerana kurang alergenik

Protein yang terkandung dalam susu kambing tidak alergenik seperti protein dalam susu lembu.

Malangnya, kebanyakan anak kecil mempunyai alahan tenusu dikaitkan dengan Alpha s1 Casein, sejenis protein khusus yang terdapat dalam susu lembu, punca masalah pencernaan protein.

susu kambing untuk anak
Susu kambing kurang alergenik berbanding susu lembu.

4. Perbezaan rasa susu lembu vs susu kambing untuk anak

Jika ingin dibandingkan dari aspek rasa, susu lembu mungkin mempunyai rasa yang lebih baik dan boleh diterima berbanding susu kambing.

Ini kerana rasa dan bau susu kambing yang mungkin agak kuat bagi sesetengah kanak-kanak.

5. Tahap pemprosesan

Susu kambing kurang melalui tahap pemprosesan berbanding produk tenusu biasa, termasuklah susu lembu. 

Dalam erti kata lain, produk susu kambing ini mengandungi bahan pengawet atau gula tambahan yang sedikit.

6. Sumber protein

Berbanding susu lembu, memberikan susu kambing untuk bayi 1 tahun ke atas dianggap sebagai sumber protein yang baik dan dapat memberikan lebih banyak kalsium dan selenium.

Berdasarkan perbandingan perbezaan di atas, nampaknya pilihan lebih berat kepada susu kambing, bukan? 

Tetapi bagaimana pula dari segi manfaat susu kambing ini?

Memahami manfaat susu kambing untuk anak

Anda sudah mengetahui perbezaan antara susu lembu dan susu kambing. Namun, adakah susu kambing benar-benar bermanfaat dari sudut kesihatan?

Berikut adalah kelebihan minum susu kambing untuk kesihatan:

  • Meningkatkan kesihatan jantung

Susu kambing mengandungi banyak kalium. Ia merupakan mineral yang berperanan dalam mengawal dan mengatur tekanan darah

Maka secara tidak langsung ia menjadikan jantung lebih sihat.

susu kambing untuk anak
Penting untuk menjaga kesihatan jantung.
  • Menyokong sistem imun

Sistem imuniti anak kecil belum berkembang sepenuhnya sehingga mereka berusia 5 tahun. Keadaan tersebut boleh mendedahkan anak kecil dengan pelbagai jangkitan. 

Kandungan selenium dan nutrien lain dalam susu kambing boleh membantu meningkatkan daya tahan mereka. 

  • Tahap ketersediaan bio tinggi

Tidak seperti susu lembu, jika diberikan susu kambing untuk anak, ia dikatakan lebih menyerupai susu ibu.

Keadaan ini berikutan komposisi susu kambing yang lebih mudah dicerna dan tempoh penyerapan nutrien oleh badan yang lebih cepat.

  • Tulang kuat dan sihat

Susu kambing adalah sumber kalsium yang baik. Di samping itu, ia juga mengandungi asid amino, disebut sebagai triptofan yang membantu menguatkan tulang.

  • Sifat antiradang

Susu lembu cenderung menyebabkan sakit perut (masalah berkaitan abdomen) dan mungkin mencetuskan keradangan.

Sebaliknya susu kambing dapat membantu mencegah masalah ini daripada berlaku kerana kandungan enzimnya.

  • Penyelesaian untuk intoleransi laktosa

Pemilihan susu kambing untuk si kecil mungkin penyelesaian bagi anak yang mempunyai masalah intoleransi laktosa.

Ia adalah keadaan apabila badan yang tidak dapat menyerap laktosa, sejenis gula yang terdapat secara eksklusif dalam susu dan produk tenusu.

Ini kerana susu kambing mengandungi kurang kandungan laktosa, maka risiko untuk mengalami gangguan pencernaan atau kembung adalah kecil. 

Walau apa pun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan dan nasihat doktor atau pakar pediatrik terlebih dahulu.

susu kambing untuk anak
Berunding dengan doktor sebelum memberikan susu kambing untuk bayi 1 tahun dan ke atas.

Susu kambing untuk anak, bolehkah?

Walaupun terdapat banyak kelebihan dan manfaat susu kambing berbanding susu lembu, namun pemberian susu tersebut kepada bayi yang berusia kurang daripada setahun, adalah tidak digalakkan. 

Bahkan United States Department of Agriculture (USDA) juga tidak mengesyorkan susu kambing untuk diberi kepada anak di bawah usia 12 bulan.

Walaupun pemberian susu kambing untuk bayi 1 tahun ke atas jarang menyebabkan komplikasi, tapi sebaiknya anda disarankan mendapatkan nasihat pakar pemakanan kanak-kanak dahulu.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cow’s Milk Alternatives: Parent FAQs. https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/nutrition/Pages/milk-allergy-foods-and-ingredients-to-avoid.aspx / Accessed on July 21, 2020
  2. Mom Talk: Should I Give My Baby Goat’s Milk? https://intermountainhealthcare.org/blogs/topics/intermountain-moms/2016/06/mom-talk-goats-milk// Accessed on July 21, 2020
  3. The Dangers of Cow’s Milk. https://www.naturalchild.org/articles/guest/linda_folden_palmer.html / Accessed on July 21, 2020
  4. Is Goat Milk Safe For Babies? Examining Alternatives to Cow-Milk Formula. https://www.decodedscience.org/is-goat-milk-safe-for-babies-examining-alternatives-to-cow-milk-formula/ / Accessed on July 21, 2020
  5. Lara-Villoslada F, Olivares M, Jiménez J, Boza J, Xaus J. Goat milk is less immunogenic than cow milk in a murine model of atopy. J Pediatr Gastroenterol Nutr. 2004 Oct;39(4):354-60. doi: 10.1097/00005176-200410000-00010. PMID: 15448424. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15448424/ / Accessed on July 21, 2020
  6. Pessler F, Nejat M. Anaphylactic reaction to goat’s milk in a cow’s milk-allergic infant. Pediatr Allergy Immunol. 2004 Apr;15(2):183-5. doi: 10.1046/j.1399-3038.2003.00087.x. PMID: 15059197. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15059197/ / Accessed on July 21, 2020
  7. Harrison M, Hilliard R, Lavine E. Case 2: You look like you’ve seen a goat. Paediatr Child Health. 2007 May;12(5):389-91. doi: 10.1093/pch/12.5.389a. PMID: 19030396; PMCID: PMC2528716. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2528716/ / Accessed on July 21, 2020

Versi Terbaru

23/04/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

4 Sebab Kenapa Anak Bawah 5 Tahun TAK BOLEH Minum Susu Alternatif, Ibu Ayah Jangan Degil!

Berapa Banyak Susu Perlu Diminum Dalam Sehari? Cukup Ke Kalau Satu Cawan Saja?


Disemak oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 23/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan