home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Senarai Makanan Patut Diambil & Perlu Dielak Buat Pesakit Kencing Manis!

Senarai Makanan Patut Diambil & Perlu Dielak Buat Pesakit Kencing Manis!

Sebut tentang penyakit diabetes, aspek diet itu adalah antara yang penting untuk dikawal. Tetapi apakah sebenarnya senarai makanan untuk pesakit kencing manis?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Apa itu kencing manis?

Sebelum kita mengetahui mengenai makanan untuk pesakit kencing manis, apa kata kita ketahui dulu mengenai penyakit ini secara ringkas, okay?

Penyakit kencing manis atau dalam istilah perubatannya, Diabetes Melllitus (DM) ini, merupakan satu keadaan di mana sekumpulan penyakit metabolisma yang dicirikan dengan kandungan gula dalam darah yang tinggi untuk jangka masa panjang (kronik).

Masalah peningkatan paras gula dalam darah yang kronik ini juga boleh membawa kepada beberapa komplikasi seperti tekanan darah tinggi (hipertensi), gangguan saraf, katarak dan juga kegagalan fungsi buah pinggang.

Penyakit kencing manis juga cenderung untuk mengakibatkan komplikasi yang boleh membawa maut seperti serangan jantung dan pendarahan dalam otak.

Umumnya, penyakit ini terbahagi kepada tiga subkategori utama, iaitu:

  • Diabetes Mellitus jenis 1 (Type 1 Diabetes Mellitus, T1DM)
  • Diabetes Mellitus jenis 2 (Type 2 Diabetes Mellitus,T2DM)
  • Diabetes Mellitus ketika hamil (Gestational Diabetes Mellitus, GDM)

senarai makanan untuk pesakit kencing manis

Kawalan senarai makanan untuk pesakit kencing manis

Objektif pengawalan pemakanan adalah untuk mengekalkan paras gula pada tahap normal, mengurangkan paras kolesterol dalam darah serta untuk mengelakkan sebarang komplikasi diabetes.

Ada tiga kumpulan makanan dalam pengawalan pemakanan untuk pesakit:

Kumpulan senarai makanan untuk pesakit kencing manis elakkan

  • Semua jenis gula, seperti gula putih, gula perang, gula melaka, gula batu mahupun gula madu
  • Minuman manis termasuk minuman berkarbonat dan kordial
  • Sapuan roti seperti jem, kaya dan marmalad (jem limau)
  • Makanan manis termasuklah seperti gula-gula, kuih manis, kek, coklat, aiskrim dan susu pekat manis
  • Pencuci mulut, termasuk buah-buahan dalam tin yang ditambah sirap dan agar-agar

Kumpulan makanan yang diambil mengikut sukatan

  • Bijirin dan hasil bijirin
  • Nasi
  • Roti, biskut, kuih yang tidak manis
  • Pasta, makaroni, spageti, mi, bihun, kuetiau, laksa
  • Capati, roti canai, tosai
  • Ubi kentang, ubi kayu, keladi, keledek
  • Kekacang
  • Susu dan sebarang produk hasil tenusu
  • Buah-buahan

senarai makanan untuk pesakit kencing manis

Kumpulan makanan yang boleh diambil secara bebas

  • Semua jenis sayur-sayuran seperti bayam, parsli, kailan, kubis, sawi, terung, kacang panjang, tomato dan timun
  • Sayur-sayuran berkanji seperti lobak merah, lobak putih, dan labu boleh diambil mengikut sukatan
  • Semua minuman tanpa gula, contohnya teh Cina, air kosong, barli dan kopi
  • Rempah-ratus dan herba, antaranya serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia, serai, jintan, lada hitam, asam jawa, dan kunyit
  • Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur, ikan serta ikan bilis

Senarai makanan untuk pesakit kencing manis

Berikut adalah cadangan komposisi pengambilan makanan untuk pesakit kencing manis:

1. Karbohidrat

Karbohidrat disyorkan untuk pesakit kencing manis adalah dalam jumlah 46 – 65% daripada jumlah pengambilan kalori harian.

Pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil karbohidrat berserat tinggi tidak kurang daripada 130 gram sehari.

2. Lemak

Pengambilan lemak yang disyorkan dalam pengambilan makanan untuk pesakit kencing manis adalah antara 20-25% daripada keperluan kalori harian. Malahan pengambilannya tidak dibenarkan melebihi 30% daripada jumlah pengambilan tenaga.

Komposisi yang disyorkan untuk lemak tepu tidak lebih daripada 7% keperluan kalori.

Bagi lemak tak tepu pula seharusnya tidak melebihi 10%. Pengambilan makanan berkolesterol yang disyorkan tidak kurang daripada 200 miligram sehari.

Anda disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans, seperti daging berlemak.

3. Protein

Keperluan kalori dalam menu untuk pesakit kencing manis adalah antara 10 – 20% daripada jumlah pengambilan kalori.

Semak cara mengira kalori menggunakan kalkulator BMR kami di sini.

Sumber protein yang baik adalah ikan, udang, sotong, daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, produk tenusu rendah lemak, kacang-kacangan, tauhu, dan tempe.

4. Natrium

Pengambilan natrium yang disyorkan untuk pesakit diabetes tidak kurang daripada 2,000 miligram sehari. Pesakit kencing manis yang juga mempunyai tekanan darah tinggi perlu mengurangkan pengambilan natrium.

Sumber natrium termasuk garam, soda dan pengawet, seperti natrium benzoat dan natrium nitrit.

Makan terlalu banyak garam untuk pesakit kencing manis boleh meningkatkan risiko pelbagai komplikasi kesihatan, seperti masalah jantung.

5. Serat

Pesakit kencing manis digalakkan mengambil serat dari kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sumber karbohidrat yang tinggi.

Pengambilan serat yang disarankan dalam diet untuk pesakit kencing manis adalah sekitar 20 – 35 gram sehari, diperolehi dari pelbagai sumber makanan.

Serat dapat membantu anda untuk berasa kenyang lebih lama, mengurangkan lemak dalam darah, membantu menurunkan gula darah, dan mengurangkan rintangan insulin.

6. Gula

senarai makanan untuk pesakit kencing manis

Pengambilan gula dalam menu harian bukanlah perkara yang buruk untuk pesakit kencing manis. Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting ialah mengetahui had selamat setiap hari.

Had pengambilan gula yang disyorkan untuk setiap individu dalam sehari adalah antara 50 gram.

Anda juga boleh menggantikan gula anda dengan pemanis rendah kalori dan mengandungi kromium untuk meningkatkan fungsi insulin dalam badan serta membantu mengawal gula dalam darah.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Diet untuk Diabetes Mellitus, http://www.myhealth.gov.my/en/diet-untuk-diabetes-mellitus/, Accessed Dec 18 2019.
  2. Diabetic Meal Plan, http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/en/diabetic-meal-plan/, Accessed Dec 18 2019.
  3. Best Foods for You:
    Healthy Food Choices for People with Diabetes, http://main.diabetes.org/dorg/PDFs/awareness-programs/hhm/what_can_i_eat-best_foods-American_Diabetes_Association.pdf, Accessed Dec 18 2019.
  4. The Diabetes Diet, https://www.helpguide.org/articles/diets/the-diabetes-diet.htm, Accessed Dec 18 2019.
  5. Diabetes diet: Create your healthy-eating plan, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/in-depth/diabetes-diet/art-20044295, Accessed Dec 18 2019.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada seminggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid