Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
AWAS! Anak Boleh Dapat Serangan Strok Haba HANYA Dalam Bilik Tidur, Ini 8 Cara Elak!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/02/2024
Setiap kali suhu badan anak meningkat dengan mendadak sahaja, sudah pasti ibu bapa akan mengaitkannya dengan gejala demam panas. Pun begitu, kita juga harus tahu bahawa peningkatan suhu badan si manja yang terjadi secara tiba-tiba sahaja mungkin disebabkan oleh strok haba. Persoalannya, apakah punca strok haba yang sebenar? Adakah ia hanya berisiko kepada kanak-kanak sahaja?
Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Punca strok haba – Kes yang pernah berlaku di Amerika
Kes Anastasia Abma boleh dijadikan sebagai pengajaran.
Pada tahun 2017, kita pernah dikejutkan dengan satu berita di mana seorang kanak-kanak bernama Anastasia Abma yang diserang strok haba ketika sedang tidur di dalam biliknya!
Menurut Jennifer Abma yang merupakan ibu kepada kanak-kanak malang ini, dia telah menemui Anastasia berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri, berpeluh banyak, bermuka merah serta suhu tubuh seakan mendidih.
Jennifer yang sedang panik ketika itu, terus sahaja menghubungi ambulans selepas anak kesayangannya itu masih tidak bangun-bangun meskipun sudah dikejutkan beberapa kali.
Nasib baik, tidak berlaku apa-apa komplikasi yang membimbangkan kepada Anastasia. Kanak-kanak perempuan itu juga telah berjaya dirawat dan pulih sedia kala.
Sila ikuti perkongsian di Facebook milik Jennifer berkenaan kes kanak-kanak yang terkena strok haba di dalam bilik ini:
Ibu bapa perlu tahu punca strok haba yang sebenar!
Kes ini telah memberi pengajaran yang berguna kepada kita semua tentang maksud strok haba.
Hakikatnya, ibu bapa perlu tahu bahawa punca strok haba yang sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 104°F (40 °C) atau lebih tinggi lagi. Kondisi inilah yang dikenali sebagai hipertermia.
Perbezaan antara kelesuan haba dan strok haba.
Siapakah yang berisiko? Adakah golongan kanak-kanak sahaja yang boleh terkena strok haba kanak kanak? Jawapannya tidak!
Berikut adalah golongan yang berisiko terkena strok haba:
Adakah gejala-gejala ini selalu berlaku kepada anak anda? Jika ya, sila lebih berhati-hati kerana si manja mungkin terkena strok haba!
Apakah cara merawat strok haba?
Jika suhu badan anak naik dan berpeluh, ia mungkin tanda strok haba.
Hakikatnya, kita tinggal di bumi Malaysia yang memang terkenal dengan iklim khatulistiwa yakni panas dan hujan sahaja sepanjang tahun. Ketika musim panas, risiko hipertermia ini sudah pasti akan menjadi lebih tinggi.
Seperti kes yang pernah terjadi di Amerika ini, ibu bapa perlu tahu bahawa ia juga boleh terjadi kepada kanak-kanak meskipun mereka hanya berada di dalam rumah atau bilik tidurnya sahaja.
Jadi, apakah yang boleh ibu bapa lakukan sebagai cara merawat strok haba ?
Cara merawat strok haba: Laraskan suhu penyaman udara kepada 24°C kerana ia sudah mampu mengoptimumkan suhu badan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas
Jangan sesekali memakaikan si manja anda dengan pakaian yang terlalu tebal atau ketat
Punca strok haba bukan hanya disebabkan anak main panas di luar rumah
Sekarang anda sudah tahu kan punca strok haba ini? Kesimpulannya, ibu bapa jangan sesekali beranggapan bahawa strok haba hanya boleh berlaku sekiranya anak anda bermain di luar rumah dan terkena panas sahaja ya? Ketahuilah bahawa jika mereka bermain atau berada di dalam rumah sekalipun, si manja masih berisiko untuk terkena kondisi ini jika suhu rumah anda terlalu tinggi!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.