Dalam proses tumbesaran kanak-kanak, nutrien makanan memainkan peranan penting. Pengambilan jenis diet yang betul akan dapat membantu perkembangan anak secara keseluruhan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Dalam proses tumbesaran kanak-kanak, nutrien makanan memainkan peranan penting. Pengambilan jenis diet yang betul akan dapat membantu perkembangan anak secara keseluruhan.
Ini termasuklah:
Seorang anak kecil akan membesar dengan cepat dalam masa yang singkat. Sudah tentu pengambilan diet makanan harian bersama selera makan yang baik akan membantu proses perkembangannya.
Sebagai ibu bapa, anda perlu mengetahui semua nutrien makanan penting yang dapat membantu tumbesaran dan perkembangan anak.
Berikut antara senarai nutrien yang diperlukan si kecil:
Penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Kalsium yang mencukupi dapat mencegah osteoporosis ketika dewasa. Beberapa jenis makanan yang kaya mineral ini adalah:
Merupakan sumber tenaga yang hebat, ia membantu membina, mengekalkan dan memperbaiki otot serta tisu. Berikut antara makanan tinggi nutrien yang boleh diberikan kepada kanak-kanak:
Nutrien makanan ini dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung, jenis barah tertentu dan kegemukan. Ia juga membantu proses pencernaan dan mencegah sembelit.
Berikan makanan kaya serat kepada anak untuk menjaga usus mereka agar kekal sihat, seperti:
Ini antara nutrien terpenting kepada kanak-kanak kerana ia merupakan sumber tenaga utama tubuh dalam menjadikan anak aktif dan fokus.
Berikut contoh makanan kaya karbohidrat:
Memainkan peranan untuk sel tubuh yang sihat dan membantu mengubah karbohidrat menjadi tenaga.
Makanan yang kaya folat termasuklah:
Lemak, khususnya lemak sihat, perlu dimasukkan ke dalam diet pemakanan anak. Ia membantu perkembangan tubuh dan otak mereka.
Lemak sihat boleh diperolehi daripada sumber seperti:
Merupakan antara nutrien makanan penting yang membantu sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan kanak-kanak berasa letih dan sesak nafas.
Turut dikenali sebagai kalium, ia berfungsi mengatur keseimbangan cecair tubuh serta menjaga tekanan darah normal.
Antara makanan tinggi mineral ini adalah:
Vitamin ini penting untuk perkembangan tulang yang sihat. Jika perlu, ia boleh diperolehi daripada suplemen.
Sesetengah makanan yang mengandungi vitamin D adalah:
Nutrien makanan ini dapat meningkatkan penglihatan, sistem pertahanan tubuh serta menjaga kulit kanak-kanak agar sentiasa dalam keadaan baik.
Selain itu, vitamin A juga berperanan memastikan fungsi jantung, ginjal dan paru-paru tidak terjejas.
Berikan anak makanan tinggi vitamin A seperti:
Vitamin C meningkatkan imuniti, serta membantu pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat dan sihat. Berikut adalah beberapa makanan yang mengandungi Vitamin C:
Semua nutrien makanan yang disenaraikan di atas menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.
Jika terdapat keraguan, berbincanglah dengan pakar pediatrik untuk mengetahui keperluan nutrien yang diperlukan si manja.
Untuk memastikan bahawa anak anda mendapat semua nutrien penting dalam makanan, ikutilah langkah-langkah berikut:
Galakkan anak makan makanan yang sihat dan seimbang mungkin perkara sukar.
Tetapi penting bagi mereka untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh bagi proses perkembangan dan tumbesaran sihat.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen