Tomato mengandungi antioksidan yang dinamakan lycopene. Ia merupakan antioksidan yang dikatakan berfungsi untuk melindungi kesihatan jantung.
Kajian menunjukkan bahawa makan produk berasaskan tomato adalah lebih efektif berbanding mengambil suplemen lycopene.
Menurut kajian lagi, individu yang mempunyai kandungan darah yang tinggi dengan antioksidan ini kurang berisiko menghidapi sindrom metabolik yang merupakan faktor risiko penyakit jantung, strok dan diabetes.
#3. Ia membantu melindungi kesihatan kulit
Tomato bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kesihatan malahan juga kecantikan.
Ini kerana tomato dapat membantu melindungi kesihatan kulit daripada sinaran matahari dan menghasilkan pro-kolagen, yang berfungsi mengekalkan struktur kulit bagi membuat individu kelihatan awet muda.

#4. Manfaat buah tomato membantu memperbaiki penglihatan
Selain itu, tomato juga adalah bagus untuk mata anda. Ini kerana tomato mempunyai kandungan lycopene, lutein dan beta carotene, yang berfungsi membantu melindungi mata daripada katarak dan macular degeneration.
#5. Ia membantu melancarkan sistem pencernaan
Tomato juga dapat membantu individu yang kerap mengalami masalah sembelit. Ini kerana tomato mengandungi kandungan serat dan cecair yang agak tinggi. Namun begitu, anda harus berhati-hati kerana bagi sesetengah individu, asid daripada tomato yang dimasak boleh mengakibatkan senak perut dan asid refluks.
#6. Ia membantu melawan penyakit seperti diabetes & kanser
Paling penting, tomato merupakan antara sumber makanan yang mampu melawan penyakit berbahaya seperti diabetes dan kanser.
Bagi individu yang mempunyai mempunyai diabetes jenis 2, tomato adalah makanan yang bagus kerana ia boleh mengurangkan risiko berlakunya peroksida lipid yang menyebabkan radikal bebas dan serangan jantung.
Tomato yang mempunyai kandungan lycopne juga mampu mengurangkan risiko kanser perut, prostat, ovari dan paru-paru.
Konklusinya, tomato yang tinggi kandungan lycopene, mempunyai pelbagai khasiat dan manfaatnya yang tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan.
Oleh itu, pastikan tomato merupakan antara sumber makanan utama yang perlu ada dalam diet anda!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen