backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

9 Makanan Ini Rahsia Untuk Anak Sihat, Tak Mudah Sakit!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/10/2023

9 Makanan Ini Rahsia Untuk Anak Sihat, Tak Mudah Sakit!

Menggalakkan anak anda untuk membiasakan diri dengan tabiat pemakanan yang sihat sememangnya tidak mudah. Namun aspek makanan sihat untuk kanak kanak masih perlu diutamakan.

Bagi kanak-kanak yang berusia 1 hingga 2 tahun, mereka mula melalui fasa peralihan. 

Pada fasa ini, mereka akan mula belajar makan di meja makan serta meneroka rasa dan tekstur makanan baharu. 

Pada waktu ini juga, anak mula berkeinginan untuk makan dan minum secara berdikari tanpa bantuan ibu dan ayah

Namun seiring peningkatan usia, keperluan nutrisi pemakanan kanak-kanak akan mula diperolehi daripada pelbagai sumber makanan lain.

Ingin tahu apakah jenis makanan sihat untuk kanak kanak? Berikut adalah beberapa komponen penting untuk keperluan harian anak selain jenis makanan yang perlu dielakkan. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.

5 kumpulan makanan sihat untuk kanak kanak

anak makan sayur

Secara amnya, bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 3 tahun, mereka memerlukan pengambilan kira-kira 1,000 hingga 1,400 kalori setiap hari 1.

Jumlah kalori ini lebih rendah jika dibandingkan dengan orang dewasa. 

Namun, anak anda masih memerlukan kesemua jenis makanan dan nutrien penting untuk tumbesaran dan kesihatan tubuh mereka. 

Berikut adalah kumpulan atau jenis makanan sihat untuk kanak kanak:

#1. Kumpulan bijirin 

Bijirin adalah salah satu daripada komponen nutrisi penting untuk kanak-kanak. 

Jumlah pengambilan yang disarankan untuk anak kecil adalah sekitar 56 gram sehari bagi kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas 2

Namun, pastikan jenis bijirin yang diberikan adalah daripada jenis bijirin penuh atau tinggi kandungan serat. 

Jika boleh, elakkan produk bijirin yang telah diproses berulang kali. 

#2. Makanan sihat untuk kanak kanak: Kumpulan sayur 

Bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 8 tahun, mereka perlu diberikan antara 1 hingga 1 ½ cawan sayuran setiap hari 3.

Seperti individu dewasa, kanak-kanak juga memerlukan pelbagai jenis sayuran termasuk sayuran berdaun hijau atau berwarna oren atau merah, seperti brokoli dan ubi keledek. 

Sayuran amat penting kerana ia kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral untuk kelangsungan fungsi tubuh yang optimum. 

#3. Kumpulan buah

Sama seperti jumlah sayuran, kanak-kanak juga memerlukan sekitar 1 hingga ½ cawan buah-buahan segar setiap hari 3

Kajian ada menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan segar setiap hari boleh memberikan kesan yang baik terhadap fungsi paru-paru kanak-kanak 4.

Anda juga boleh memberikan jus buah-buahan kepada anak anda, namun dengan jumlah yang tidak terlalu banyak. 

Ini kerana, jus buah mempunyai jumlah serat yang lebih sedikit berbanding potongan buah segar. 

Latih anak mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dengan memberikan mereka potongan buah seperti oren, tembikai dan strawberi berbanding jus buah.

#4. Makanan sihat untuk kanak kanak: Kumpulan tenusu

makanan sihat untuk kanak kanak

Kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 4 tahun disarankan untuk mengambil 2 atau 2 ½ cawan susu setiap hari 5

Susu amat penting kerana ia menggalakkan pertumbuhan tulang yang sihat selain menguatkan gigi anak anda disebabkan kandungan kalsium di dalamnya. 

Sebagai pilihan, anda boleh memberikan susu yang diperkaya kepada anak anda untuk membantu tubuh mereka menyerap nutrien utama selain menguatkan sistem imun dan melancarkan sistem penghadaman mereka. 

Susu Friso Gold diperbuat daripada NOVAS Signature Milk yang mempunyai saiz molekul kecil serta lembut menjadikan ia mudah dihadam dan diserap oleh sistem penghadaman anak anda. 

Tambahan pula, ia diproses dengan menggunakan teknologi LocNutri dan ini mengekalkan 90% nutrien dalam setiap gelas susu Friso Gold.

Friso Gold juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin, mineral, DHA, Omega dan lain-lain untuk menyokong perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

Dapatkan pek percubaan sehari susu Friso Gold secara percuma atau diskaun 50% bagi pek percubaan 6 hari di sini

Makanan sihat untuk kanak kanak seperti susu diperkaya ini boleh menyumbang kepada kesihatan menyeluruh tubuh anak anda. 

#5. Kumpulan protein

Kanak-kanak memerlukan antara 10% hingga 30% sumber protein dalam pengambilan kalori harian mereka 6

Bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 9 tahun, mereka memerlukan sekitar 19 gram sumber protein setiap hari 6

Antara sumber protein sihat yang boleh diambil ialah seperti ikan, daging tanpa lemak, ayam, makanan laut, telur, produk soya dan kekacang.

Makanan yang perlu dielakkan oleh kanak-kanak

Berikut adalah antara jenis makanan yang perlu anak anda elakkan:

#1. Makanan bergaram 

Kanak-kanak kecil tidak boleh mengambil terlalu banyak garam. Ini kerana ia tidak baik untuk buah pinggang mereka.

Oleh itu, elakkan penambahan garam ke dalam makanan anak. 

Selain itu, jangan guna stok jenis kiub atau cecair kerana ia mengandungi garam yang tinggi.

Antara jenis makanan tinggi garam yang perlu anak anda elakkan ialah:

  • Kerepek kentang dengan garam tambahan
  • Keropok 
  • Makanan segera
  • Makanan sejuk beku
  • Makanan berbungkus

#2. Makanan bergula

Makanan atau minuman yang terlalu tinggi gula juga tidak elok untuk anak anda. 

jumlah anak minum air

Mengurangkan makanan bergula boleh membantu mencegah kerosakan gigi anak.

#3. Makanan berlemak

Jangan berikan anak anda terlalu banyak makanan yang tinggi lemak tepu seperti kerepek kentang, biskut dan kek.

Pemeriksaan label makanan dapat membantu anda memilih makanan yang rendah lemak tepu untuk anak anda.

#4. Kekacang 

Elakkan daripada memberikan kekacang kepada anak di bawah usia 5 tahun. Ini kerana mereka berisiko untuk tersedak atau tercekik 7

Selain itu, sekiranya terdapat sejarah alahan makanan dalam keluarga anda, berbincanglah dengan doktor sebelum memperkenalkan makanan jenis kekacang pada anak.

Tip makanan sihat untuk kanak kanak

Ibu bapa sememangnya mempunyai peranan penting dalam mengajar kepentingan pemakanan seimbang, selain membantu anak membina tabiat pemakanan yang sihat dalam kehidupan. 

Semakin banyak yang anak fahami tentang makanan, mereka akan menjadi lebih teruja dan bersemangat mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat.

Makanan yang berbeza memberikan nutrien berlainan. Jadi, pastikan anak mengambil pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Nutrien adalah penting, tetapi saiz hidangan makanan juga perlu diambil kira. 

Separuh pinggan anak anda mestilah mengandungi buah serta sayuran, selain sumber karbohidrat dan sedikit lemak sihat.

Sebaiknya, pengambilan makanan harian anak adalah berupa makanan segar berbanding makanan yang diproses.

Selain itu, cara penyediaan dan memasak makanan juga boleh mempengaruhi nilai pemakanan anak anda.

Sebagai contoh, cubalah untuk menyediakan hidangan dengan memanggang, mengukus atau membakar berbanding menggoreng.

Makanan sihat untuk kanak kanak juga merangkumi jenis minuman yang diambil setiap kali waktu makan.

Didik anak untuk minum lebih banyak air atau susu rendah lemak dan elakkan minuman manis.

Sekiranya terdapat keraguan mengenai diet pemakanan harian anak, anda boleh mendapatkan rundingan daripada pakar pediatrik atau pakar pemakanan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/10/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan