backup og meta

1001 Khasiat Bawang Putih Yang Ramai Tak Sedar! Usah Risau Mulut Berbau Lagi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 minggu lalu

    1001 Khasiat Bawang Putih Yang Ramai Tak Sedar! Usah Risau Mulut Berbau Lagi!

    Bolehkah makan bawang putih mentah setiap hari? Walaupun boleh membuatkan mulut anda berbau, namun terdapat 1001 kebaikan atau khasiat bawang putih. Jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Khasiat bawang putih: Bukan hanya makanan, tetapi juga digunakan dalam perubatan

    Bawang putih merupakan antara jenis herba atau bahan yang digunakan secara meluas dalam masakan.

    Ia digunakan sebagai perencah atau penambah rasa dalam masakan di seluruh dunia.

    Bawang putih bukan sahaja menjadi salah satu bahan memasak di dapur, tetapi juga telah digunakan sebagai bahan untuk tujuan perubatan.

    Contohnya, bawang putih telah digunakan oleh orang-orang Mesir Purba selama ribuan tahun sebagai bahan rawatan disebabkan ia mempunyai ciri terapeutik.

    Bukan hanya di Mesir Purba, bawang putih juga banyak digunakan dalam sejarah tamadun awal dunia seperti di Greek, Lembah Indus (kini India dan Pakistan) dan juga China. 

    Jadi, di sebalik keburukan bawang putih dari segi bau dan rasa, wujud juga kebaikan yang sebenar!

    7 khasiat bawang putih

    khasiat bawang putih
    Bawang putih sebelum dikopek.

    Bagi yang ingin mengetahui apakah khasiat bawang putih, kami kongsikan tujuh manfaatnya di bawah ini:

    #1. Mempunyai sebatian dengan ciri pengubatan

    Para saintis menyatakan bahawa, kebanyakan khasiat bawang putih adalah disebabkan oleh sebatian sulfur yang terbentuk apabila ulas bawang putih dicincang, dihancurkan atau dikunyah.

    Antaranya ialah sebatian allicin. Allicin merupakan sejenis cecair berminyak dengan ciri antibakteria yang terdapat pada bawang putih.

    Walau bagaimanapun, allicin merupakan sebatian tidak stabil yang hanya terdapat dalam bawang putih segar selepas ia dipotong atau dihancurkan.

    #2. Khasiat bawang putih boleh bantu kurangkan tekanan darah

    Penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok adalah pembunuh terbesar di dunia.

    Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah salah satu pemicu terbesar yang menyebabkan penyakit-penyakit ini.

    Namun begitu, risiko ini dapat dikurangkan melalui pengambilan bawang putih.

    Kajian mendapati bahawa suplemen bawang putih mempunyai kesan yang ketara dalam mengurangkan tekanan darah dalam kalangan individu yang mempunyai hipertensi.

    #3. Mempunyai antioksida

    Kerosakan oksidatif yang berpunca daripada radikal bebas boleh menyebabkan proses penuaan yang lebih cepat.

    Namun begitu, bawang putih boleh membantu menangani masalah ini.

    Bawang putih mengandungi antioksida yang menyokong mekanisme perlindungan badan terhadap kerosakan oksidatif.

    Suplemen bawang putih telah terbukti boleh meningkatkan enzim antioksida pada manusia, serta mengurangkan tekanan oksidatif dengan ketara pada mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

    cegah kanser
    Cegah kanser paru-paru dengan bawang putih mentah.

    #4. Bantu keluarkan logam berat daripada tubuh anda

    Salah satu khasiat bawang putih ialah kemampuannya dalam membantu mengeluarkan logam berat dalam badan manusia.

    Pada dos yang tinggi, sebatian sulfur dalam bawang putih telah dilihat boleh melindungi tubuh daripada kerosakan organ akibat ketoksikan logam berat.

    Kajian selama empat minggu ke atas pekerja kilang bateri kereta (pendedahan berlebihan kepada plumbum) mendapati bahawa, manfaat bawang putih mengurangkan paras plumbum dalam darah sebanyak 19%.

    Ia juga mengurangkan banyak tanda klinikal ketoksikan, termasuklah sakit kepala dan tekanan darah.

    #5. Berfungsi sebagai bahan antiradang

    Penyelidikan telah menunjukkan bahawa khasiat bawang putih boleh berfungsi sebagai bahan antiradang.

    Jika anda mengalami sendi atau otot yang sakit dan meradang, gosokkannya dengan minyak bawang putih.

    Yayasan Arthritis mengesyorkan penggunaan minyak bawang putih untuk membantu mencegah kerosakan tulang rawan akibat arthritis.

    Umumnya, terdapat 7 kebaikan yang dibawa oleh bawang putih termasuk:

    • Sebatian dengan ciri pengubatan
    • Membantu mengawal tekanan darah
    • Mempunyai sifat antioksida
    • Memiliki sifat antiradang
    • Mengeluarkan logam berat
    • Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
    • Menjadikan kulit lebih cantik
    khasiat bawang putih
    Bawang putih selepas dikopek.

    #6. Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

    Penyelidikan juga menunjukkan bahawa bawang putih boleh memberikan kesan positif pada arteri dan tekanan darah anda.

    Penyelidik percaya, sel darah merah mengubah sulfur dalam bawang putih menjadi gas hidrogen sulfida yang mengembangkan saluran darah kita.

    Cara makan bawang putih ini juga sekali gus boleh menjadikannya lebih mudah untuk mengawal tekanan darah.

    #7. Menjadikan kulit lebih cantik

    Ciri antioksida dan antibakteria yang terdapat pada bawang putih boleh membersihkan kulit anda dengan membunuh bakteria penyebab jerawat.

    Satu kajian menunjukkan bahawa, menggosok bawang putih mentah ke atas jerawat boleh membantu menghilangkannya.

    Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan rasa sensasi terbakar pada kulit anda.

    Sila rujuk dengan pakar dermatologi anda terlebih dahulu sebelum menggunakan bawang putih pada kulit, ya! 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan