Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group

Profil

Dr. Ahmad Wazir Aiman memperoleh Ijazah Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2018. Beliau adalah penulis yang gemar mengupas topik berkaitan perubatan, penjagaan kesihatan terutamanya dasar dan keadaan kesihatan, penyakit berjangkit malah juga sektor ekonomi kesihatan.

Beliau juga salah seorang peserta termuda dari Malaysia yang menerbitkan artikel penyelidikan dalam jurnal antarabangsa, ketika berusia 19 tahun di International Journal of Higher Education. Selain itu, Dr. Ahmad Wazir juga aktif berkecimpung dalam industri perfileman tempatan, berkhidmat sebagai perunding perubatan sinematografi – dengan memberi konsultasi, nasihat, dan latihan buat syarikat dan produksi perfileman untuk menghasilkan prosedur perubatan yang tepat di kaca TV.

Kini Dr Ahmad Wazir Aiman berkhidmat sebagai Doktor Perubatan Sukan di Hospital Queen Elizabeth.

Beliau merupakan salah satu daripada sekumpulan kecil doktor di Asia yang diberi pentauliahan ICIR level 2 dari World Rugby.

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Kelulusan

UNIVERSITI DAN IJAZAH

  • Ijazah Perubatan

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

PENGALAMAN

  • Doktor Am

    Jabatan Pediatrik, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah

ANUGERAH

  • Peserta termuda dari Malaysia yang menerbitkan artikel penyelidikan dalam jurnal antarabangsa, International Journal of Higher Education

  • Perunding Perubatan Sinematografi

Artikel Pakar Terbaru