Teroka lebih banyak kategori Keibubapaan
Ibu ayah harus peka dan tahu setiap peringkat perkembangan anak. Di sini, anda boleh dapatkan maklumat dan petua berguna tentang cara membesarkan anak yang sihat, aktif dan bahagia.
Anda pasti?
Ibu ayah harus peka dan tahu setiap peringkat perkembangan anak. Di sini, anda boleh dapatkan maklumat dan petua berguna tentang cara membesarkan anak yang sihat, aktif dan bahagia.
Teroka lebih banyak kategori Keibubapaan
Bolehkah saya sebagai ibu bapa tunggal membesarkan anak?
Ibu bapa tunggal adalah mereka yang terpaksa membesarkan anak secara sendirian tanpa sokongan atau bantuan daripada pasangan hidup mereka. Dengan sokongan daripada teman, keluarga dan komuniti, ibu bapa tunggal boleh menjalankan tugas membesarkan anak dengan baik. Namun jika anda tertekan akibat dugaan hidup, dapatkan konsultasi daripada pakar mental anda.
Apa maksud tanggungjawab keibubapaan?
Tanggungjawab keibubapaan merujuk kepada kebolehan dan kesanggupan ibu bapa untuk memenuhi keperluan anak-anak serta keluarga mereka.
Apa itu perancangan keluarga?
Perancangan keluarga merujuk kepada informasi dan kaedah yang akan membimbing pasangan menentukan berapa ramai anak dan bila waktu sesuai untuk mendapatkan/ menambah cahaya mata. Dari kaedah merancang secara natural dan metod lain seperti kalendar dan pantang larang, perancangan keluarga sangat penting terutamanya buat wanita kerana mereka memegang kunci untuk meningkatkan kualiti kehidupan berkeluarga.
Apa itu penjagaan anak?
Penjagaan anak adalah proses atau kaedah membesarkan anak sejak lahir sehingga mereka mencecah usia dewasa. Amalan ini biasanya berdasarkan norma asli yang wujud mengikut budaya, keluarga atau masyarakat.