backup og meta

Makan Mentega Kacang Untuk Kurus? Ikut 3 Cara Ini Kalau Nak Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2022

    Makan Mentega Kacang Untuk Kurus? Ikut 3 Cara Ini Kalau Nak Berkesan!

    Pelbagai kaedah, ubatan, rawatan dan jenis diet telah anda cuba untuk kurus namun masih tidak berjaya? Mungkin anda belum tahu manfaat mentega kacang!

    Ya, jangan pula anda berasa terkejut dengannya memandangkan ia adalah sejenis sapuan roti yang sangat tinggi dengan protein, lemak, karbohidrat, dan kalori.

    Ini kerana kajian telah membuktikan bahawa mentega kacang atau peanut butter sebenarnya mungkin boleh membantu anda dalam misi untuk kurus, jom teruskan membaca.

    Apa yang wujud di dalam mentega kacang?

    Untuk pengetahuan anda, ia bukan sahaja sangat sedap untuk dimakan malahan juga sangat kaya dengan pelbagai nutrien yang mungkin ramai belum tahu.

    2 sudu kecil (32 gram) peanut butter mungkin akan menyajikan anda dengan kira-kira:

  • Kalori: 188
  • Lemak: 19 gram
  • Protein: 8 gram
  • Karbohidrat: 7 gram
  • Serat: 3 gram
  • Selain itu, ia juga adalah sangat tinggi dengan mineral dan vitamin seperti mangan, magnesium, potasium, fosforus serta variasi jenis vitamin: B3, B6, B9 dan E.

    Ini sekali gus menjadikannya sebagai antara makanan yang penting dalam diet anda, namun mentega ini turut mendatangkan tanda tanya terhadap kaitannya dengan pengawalan berat badan individu.

    mentega kacang

    Bagaimana ia boleh bantu kawal berat badan?

    Menurut International Tree Nut Council Nutrition Research and Education Foundation, peanut butter adalah salah satu makanan yang bagus untuk kurus.

    Ini kerana kekacang adalah antara makanan yang tinggi dengan lemak tidak tepu tunggal dan ia adalah salah satu faktor untuk individu hilang berat badan.

    Kajian selama 8 tahun melibatkan lebih 50,000 individu yang kerap ambil mentega kacang membuktikan bahawa risiko berat badan meningkat dapat dikawal dengan diet ini!

    #1. Ia mampu buat anda kenyang lebih lama

    Mengambil snek di antara waktu makan adalah antara usaha paling utama untuk mencuba menurunkan berat badan kerana ia boleh elak anda lapar.

    Dengan itu, mentega ini adalah pilihan yang terbaik sebagai snek kerana ia tinggi dengan kalori dan nutrien yang boleh buat anda kenyang lebih lama.

    Kajian pada tahun 2008 mengesahkan perkara ini dan menyatakan bahawa makanan yang diperbuat daripada kekacang mampu meneutralkan selera makan.

    #2. Ia mampu bantu tindak balas glisemik anda

    Sebenarnya, anda tidak boleh risau dengan protein dan lemak sahaja kerana apa yang mungkin boleh jadi punca anda gemuk adalah gula dan karbohidrat.

    Ini kerana kedua-duanya mungkin boleh menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat yang kemudiannya akan jadi faktor risiko diabetes serta obesiti.

    Kajian pada tahun 2018 menyatakan bahawa mentega ini mengandungi indeks glisemik yang rendah lantas boleh membantu membaiki tindak balasnya.

    mentega kacang

    #3. Ia mampu bantu anda mengekalkan berat badan

    Di dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan, jangan sesekali terlupa akan satu perkara yang sama penting yakni mengekalkan berat badan sedia ada.

    Meskipun mentega ini mengandungi kalori, karbohidrat, lemak, protein dan lain-lain, namun tiada kajian yang menyatakan ia akan menambahkan berat badan.

    Sebaliknya, pelbagai kajian telah menyimpulkan bahawa diet yang tinggi dengan kekacang mampu bantu dalam usaha anda untuk mengekalkan berat badan ideal.

    Pilihan jenis mentega kacang yang terbaik!

    Secara umumnya, mentega ini boleh dikategorikan sebagai sihat kerana mengandungi nutrien-nutrien seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi.

    Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa tidak semua produk ini dikategorikan sebagai sihat kerana ia juga mungkin mengandungi bahan-bahan lain untuk menambah rasanya.

    Sebagai contoh, ada juga produk mentega ini yang mungkin mengandungi tinggi gula serta minyak hidrogen – sumber kepada lemak trans yang tidak sihat.

    Disebabkan itu, adalah penting untuk anda memeriksa label terlebih dahulu untuk memastikan ia tiada bahan lain yang tidak sihat di dalam proses pembuatan.

    Atau lebih baik, anda juga mungkin boleh memproses dan membuat sendiri peanut butter menggunakan kacang tanah dan bahan lain bersama pengisar.

    mentega kacang

    Selain itu, apa lagi manfaat lain mentega ini?

    Konklusinya, mentega kacang memang mungkin mampu bantu usaha anda untuk menurunkan berat badan ekoran manfaatnya seperti tertulis di atas tadi.

    Selain itu juga, ia turut mungkin mampu menurunkan pelbagai risiko penyakit termasuklah obesiti, diabetes, kanser serta penyakit berkaitan organ lain.

    Disebabkan itu, anda harus mengubah persepsi anda mengenai makanan ini kerana ia mungkin tidak akan membuat anda lebih gemuk, namun sebaliknya membantu anda untuk kurus serta terkandung lain-lain manfaat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan