Tahukah anda, ada ubat preskripsi atau ubatan yang dibeli di farmasi boleh menyebabkan kesan sampingan ubat berkaitan sistem pencernaan buat sesetengah individu. Jom ketahui masalah perut yang mungkin terjadi.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda, ada ubat preskripsi atau ubatan yang dibeli di farmasi boleh menyebabkan kesan sampingan ubat berkaitan sistem pencernaan buat sesetengah individu. Jom ketahui masalah perut yang mungkin terjadi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Ubat yang diambil secara oral boleh mempengaruhi sistem penghadaman dengan pelbagai cara.
Walaupun kedua-dua ubat sama ada ubat preskripsi atau yang boleh dibeli di farmasi, biasanya selamat dan berkesan, tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan ubat yang berbahaya bagi sesetengah individu.
Manakala ada ubat tertentu yang jika diambil bersama boleh berinteraksi dan turut mengakibatkan kesan bahaya.
Di samping itu, sekiranya anda mempunyai sebarang alahan, kepekaan atau masalah perubatan lain, pastikan perkara tersebut dimaklumkan kepada pakar kesihatan.
Bahkan, mereka yang mengalami intoleransi makanan seperti intoleransi gluten, perlu memastikan ubat yang dimakan tidak mengandungi bahan ini.
Kenapa?
Ini kerana semua yang disebutkan itu boleh mengakibatkan anda mengalami masalah perut!
Berikut adalah 5 masalah perut yang boleh berlaku semasa pengambilan ubat yang tidak bersesuaian:
Sesetengah individu sukar menelan tablet atau kapsul atau mengambil ubat tanpa cecair.
Akibatnya, tablet atau kapsul yang tinggal di esofagus boleh melepaskan bahan kimia merengsakan lapisan esofagus.
Ini boleh menyebabkan ulser, pendarahan, perforasi (lubang) dan penyempitan esofagus.
Risiko tinggi untuk kesan sampingan ubat berlaku akan lebih besar bagi mereka yang mempunyai masalah perubatan melibatkan tekak, termasuklah seperti:
Sesetengah ubat tertentu juga boleh menyebabkan ulser pada esofagus ketika ia ‘tersimpan’ di sana.
Ini termasuklah ubat aspirin, antibiotik tertentu, quinidine, kalium klorida, vitamin C dan zat besi.
Baca juga:
Anda BERISIKO Alami Ulser Lidah Jika Berdepan Masalah Penghadaman Ini
Ada ubat yang boleh mengganggu fungsi otot sfingter – terletak antara esofagus dan perut.
Otot ini ‘memberi kebenaran’ untuk makanan masuk ke dalam perut setelah ditelan.
Jika terdapat gangguan, ia boleh meningkatkan kemungkinan untuk terjadi refluks atau kandungan asid perut naik ke esofagus.
Antara kelas ubat-ubatan yang boleh meningkatkan tahap masalah perut refluks termasuklah:
Salah satu perengsa paling biasa pada lapisan perut adalah berpunca daripada ubat NSAID, termasuklah ibuprofen dan ubat tahan sakit lain.
Ubat-ubatan ini akan melemahkan keupayaan lapisan untuk menolak asid yang dihasilkan dalam perut.
Keadaan ini boleh mengakibatkan keradangan pada lapisan perut (gastritis), ulser, pendarahan atau perforasi lapisan.
Mereka yang lebih berusia mempunyai risiko tinggi mengalami kerengsaan kesan pengambilan ubatan ini.
Ia adalah kerana warga emas lebih cenderung untuk memakan ubat penghilang rasa sakit untuk keadaan kesihatan kronik.
Individu dengan sejarah masalah perut ulser peptik dan gastritis juga berisiko tinggi untuk mengalaminya.
Pelbagai jenis ubat yang diambil boleh mengakibatkan sembelit.
Ini berlaku apabila ubat-ubatan tersebut mempengaruhi aktiviti saraf dan otot di usus besar, mengakibatkan ‘perjalanan’ najis menjadi lambat dan sukar.
Antara ubat yang boleh menyebabkan sembelit, termasuklah:
Masalah cirit-birit paling kerap berlaku disebabkan oleh kesan sampingan ubat antibiotik. Ini kerana ia menjejaskan bakteria yang biasanya terdapat pada usus besar.
Perubahan kepada bakteria usus ini memungkinkan pertumbuhan bakteria Clostridium difficile (C.difficile) yang berlebihan, sekali gus mengakibatkan cirit-birit antibiotik lebih serius.
Kehadiran bakteria ini boleh menyebabkan kolitis – sehingga menyebabkan najis sangat berair (cirit-birit berair)
Antibiotik paling biasa yang menyebabkan cirit-birit jenis ini termasuklah:
Masalah kolitis ini biasanya dapat diatasi dengan pengambilan antibiotik lain yang bertindak balas dengan C.difficile.
Terdapat juga ubat-ubatan tertentu yang lain boleh mengubah pergerakan atau kandungan cecair usus besar tanpa menyebabkan kolitis.
Antasid yang mengandungi kolkisin dan magnesium turut boleh mengakibatkan kesan sampingan ubat seperti cirit-birit.
Berundinglah dengan doktor jika anda mengalami cirit-birit berterusan selama beberapa hari.
Biasanya, mencegah cirit-birit akan melibatkan perkara seperti mengelakkan pengambilan makanan yang diketahui boleh mengganggu perut anda.
Bagi kaedah rawatan pula, ia memerlukan penggantian cecair badan yang hilang dan mungkin termasuk antibiotik jika puncanya disebabkan jangkitan bakteria.
Pengambilan makanan mengandungi bacillus laktosa tinggi seperti yogurt, susu/pil acidophilus atau keju kotej dapat membantu mengganti semula bakteria normal pada usus besar.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen