backup og meta

Selalu Sembelit Atau Cirit-Birit? Jangan Abaikan, Ia Mungkin Petanda Masalah Usus

Perut kembung, sembelit atau cirit-birit sekali-sekala mungkin bukan sesuatu yang membimbangkan.

Selalu Sembelit Atau Cirit-Birit? Jangan Abaikan, Ia Mungkin Petanda Masalah Usus

Namun, jika simptom ini kerap berulang atau berpanjangan, ia boleh menjadi petanda bahawa sistem penghadaman anda memerlukan perhatian.

Dalam kebanyakan kes, masalah ini boleh diperbaiki melalui perubahan gaya hidup. Walau bagaimanapun, jika disertai simptom tertentu, ia juga mungkin berkaitan dengan penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

Oleh itu, mengetahui cara mengatasi masalah penghadaman dan mengenali tanda amaran adalah langkah penting untuk menjaga kesihatan usus.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kanser, anda boleh klik di sini.

Sistem penghadaman yang sihat, kenapa ia penting?

Sistem penghadaman berfungsi memecahkan makanan kepada nutrien yang diperlukan oleh badan, menyerap vitamin dan mineral, serta menyingkirkan bahan buangan melalui najis.

Apabila sistem ini terganggu, proses pencernaan menjadi kurang efisien dan boleh menyebabkan pelbagai simptom yang menjejaskan kesihatan harian.

Menjaga kesihatan usus bukan sahaja penting untuk penghadaman, malah turut menyokong sistem imun dan kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.

Tanda masalah usus yang tidak boleh diabaikan

Terdapat beberapa tanda masalah usus yang boleh menunjukkan sistem penghadaman anda memerlukan perhatian.

Antaranya termasuk:

  • Sakit atau kekejangan perut.
  • Perut kembung yang kerap.
  • Cirit-birit atau sembelit berpanjangan.
  • Sukar menghadam makanan.
  • Perubahan berat badan tanpa sebab yang jelas.
  • Cepat letih atau kurang bertenaga.

Kebanyakan simptom ini tidak semestinya berpunca daripada kanser. Namun, jika ia berlarutan atau disertai darah dalam najis, segera dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengenal pasti puncanya.

Kenapa makanan lambat hadam?

Ramai tertanya-tanya kenapa makanan lambat hadam walaupun mengambil makanan seperti biasa.

Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:

  • Kurang pengambilan makanan berserat.
  • Tidak minum air yang mencukupi.
  • Kurang melakukan aktiviti fizikal.
  • Tekanan atau stres.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu.

Dalam kebanyakan kes, perubahan gaya hidup dapat membantu memperbaiki proses pencernaan.

Namun, jika masalah ini berlaku bersama simptom lain seperti sakit perut yang berterusan atau penurunan berat badan, pemeriksaan lanjut mungkin diperlukan.

Cara mengatasi masalah penghadaman

Terdapat beberapa cara mengatasi masalah penghadaman yang boleh diamalkan untuk membantu mengekalkan kesihatan usus.

Antaranya ialah:

cara mengatasi masalah penghadaman
Banyakkan minum air kosong.
  • Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat.
  • Minum air kosong secukupnya setiap hari.
  • Lakukan aktiviti fizikal secara berkala.
  • Kurangkan makanan tinggi gula, lemak dan makanan ultra-proses.
  • Urus tekanan dengan baik.
  • Tidur yang mencukupi setiap malam.
  • Ambil probiotik atau prebiotik jika disarankan oleh doktor.

Jika simptom tidak bertambah baik walaupun selepas mengamalkan langkah-langkah ini, jangan berlengah untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membantu meningkatkan fungsi sistem penghadaman dan mengurangkan risiko

Makanan untuk melancarkan pencernaan

Pemilihan makanan yang betul dapat membantu meningkatkan fungsi usus dan mengurangkan masalah penghadaman.

Antara makanan untuk melancarkan pencernaan termasuk:

  • Sayur-sayuran hijau.
  • Buah-buahan seperti betik dan kiwi.
  • Bijirin penuh seperti oat.
  • Kekacang.
  • Yogurt yang mengandungi probiotik.

Selain membantu melancarkan pembuangan air besar, makanan ini juga menyokong keseimbangan bakteria baik dalam usus yang penting untuk proses pencernaan.

Bilakah masalah penghadaman boleh menjadi petanda kanser kolorektal?

Kebanyakan masalah penghadaman bukan disebabkan oleh kanser. Namun, jika simptom berlarutan atau semakin teruk, ia tidak boleh dipandang ringan.

Antara tanda yang memerlukan pemeriksaan segera ialah:

  • Darah dalam najis.
  • Perubahan tabiat membuang air besar yang berpanjangan.
  • Penurunan berat badan tanpa sebab.
  • Sakit perut yang berterusan.
  • Rasa seperti usus tidak kosong sepenuhnya selepas membuang air besar.

Dalam sesetengah kes, ramai juga tertanya-tanya kenapa usus tersumbat.

Keadaan ini boleh berlaku apabila terdapat halangan pada usus, termasuk ketumbuhan atau tumor yang menyekat laluan najis.

Akibatnya, pesakit mungkin mengalami sakit perut yang teruk, muntah, perut membengkak serta tidak dapat membuang air besar atau kentut. Keadaan ini memerlukan rawatan perubatan segera.

Walaupun simptom-simptom ini tidak semestinya menandakan kanser kolorektal, pemeriksaan awal amat penting untuk mengenal pasti puncanya dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

Kesimpulan

Mengetahui cara mengatasi masalah penghadaman bukan sekadar membantu melegakan simptom seperti sembelit atau perut kembung, tetapi juga penting untuk menjaga kesihatan usus dalam jangka panjang.

Walaupun kebanyakan masalah penghadaman boleh diperbaiki melalui perubahan gaya hidup, jangan abaikan simptom yang berpanjangan atau semakin teruk.

Pemeriksaan awal dapat membantu mengenal pasti puncanya dan memastikan rawatan yang sesuai diberikan, termasuk jika ia berkaitan dengan kanser kolorektal.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Exploring the role of gut bacteria in digestion. (https://phys.org/news/2010-08-exploring-role-gut-bacteria-digestion.html). Diakses pada 3 November 2020.

Food Problems: Is it an Allergy or Intolerance. (https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10009-food-problems-is-it-an-allergy-or-intolerance). Diakses pada 3 November 2020.

Food allergy. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/food-allergy/symptoms-causes/syc-20355095). Diakses pada 3 November 2020.

Stress management. https://www.helpguide.org/articles/stress/stress-management.htm. Diakses pada 3 November 2020.

Gut Bacteria in Health and Disease. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3983973/). Diakses pada 3 November 2020.

Versi Terbaru

20/07/2026

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Makanan Larangan Untuk Pesakit Kanser Kolorektal, Apa Yang Harus Anda Elak?

AWAS! Risiko Dapat Kanser Kolorektal Tinggi Jika Anda Ada 22 Faktor Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada Semalam

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan