Ini kerana wujud risiko untuk anda melahirkan bayi pramatang atau mempunyai berat lahir yang rendah, sekali gus meningkatkan risiko kehilangan nyawa si kecil.
Petua hilangkan selsema sepanjang tempoh kehamilan
Sudah bersedia untuk mengetahui petua hilangkan selsema dan flu untuk wanita hamil?
Umumnya, seorang ibu yang sedang mengandung amat disarankan untuk mengelakkan pengambilan ubatan, terutamanya dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan.
Jika mengalami selesema atau sebarang sakit ringan, selalunya keadaan tersebut akan pulih tanpa memerlukan pengambilan sebarang ubat-ubatan.
Pun begitu, sekiranya anda berasakan perlu untuk memakan ubat semasa mengandung, paracetamol adalah antara pilihan yang selamat.
Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapatkan rundingan doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya, okay?
Paracetamol ketika mengandung
Sepanjang tempoh kehamilan, ubat ini adalah pilihan utama bagi merawat:
- Sakit ringan atau sederhana
- Suhu badan tinggi (demam)
Paracetamol sering digunakan secara rutin pada semua tahap kehamilan bagi mengurangkan suhu tinggi dan untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami.
Ubatan ini terbukti selamat diambil tanpa mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan.

Namun, sama seperti mana-mana ubatan lain yang diambil semasa tempoh mengandung, adalah amat disarankan ibu hamil untuk mengambil paracetamol pada dos efektif paling rendah bagi tempoh yang singkat.
Sekiranya ubat ini tidak mendatangkan keberkesanan, anda disarankan berjumpa doktor untuk pilihan penyelesaian yang lebih baik.
Ibuprofen untuk wanita hamil
Ibuprofen adalah ubat antiradang bukan steroid (NSAID).
Jika sedang berbadan dua atau sedang merancang kehamilan, sebelum mengambil ibuprofen atau sebarang ubat NSAID, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu.
Ini kerana masih tidak dapat dipastikan sama ada ubat NSAID seperti ibuprofen atau aspirin pada tempoh awal kehamilan boleh meningkatkan risiko keguguran atau tidak.
Walau bagaimanapun, ubat di bawah kelompok NSAID ini tidak boleh diambil dalam tempoh 3 bulan terakhir kehamilan.
Mesti anda ingin tahu kenapa, bukan?
Jika anda memakan ubat ini dalam tempoh trimester ketiga, ia boleh mengakibatkan pendarahan sebelum dan selepas kelahiran bayi.
Ia juga boleh menyebabkan kelewatan proses melahirkan bayi, dan meningkatkan risiko masalah jantung atau buah pinggang kepada bayi dalam kandungan.
Paracetamol bukanlah ubat NSAID, disebabkan itu ia adalah pilihan yang lebih selamat sebagai petua hilangkan selsema bagi menghilangkan sebarang rasa kesakitan dan mengawal suhu badan semasa mengandung
Suntikan flu
Suntikan vaksin flu dapat membantu melindungi anda dan juga bayi di dalam kandungan.
Wanita hamil mempunyai risiko lebih tinggi untuk berdepan komplikasi sehingga boleh mengancam nyawa jika menghidap flu, terutamanya pada peringkat akhir kehamilan.

Salah satu komplikasi paling biasa adalah bronkitis, jangkitan pada dada yang boleh berkembang menjadi pneumonia.
Manakala komplikasi yang jarang berlaku boleh merangkumi keadaan seperti:
- Jangkitan telinga tengah (otitis media)
- Jangkitan darah yang menyebabkan penurunan tekanan darah teruk (kejutan septik)
- Jangkitan otak dan saraf tunjang (meningitis)
- Keradangan otak (ensefalitis)
- Keradangan otot jantung (endokarditis)
Pilihan selamat semasa kehamilan
Mengalami flu semasa mengandung bermakna bayi anda berisiko untuk dilahirkan sebelum waktunya atau mempunyai berat lahir rendah.
Bukan sekadar itu sahaja, risiko untuk kelahiran mati (stillbirth) atau kematian pada minggu pertama selepas dilahirkan juga tinggi.
Suntikan flu adalah selamat untuk diambil sepanjang tempoh kehamilan. Ia tidak akan mendatangkan sebarang risiko kepada anda mahupun bayi.