Bercakap mengenai penyakit gastrousus, pastinya anda akan mendengar sebutan masalah usus seperti IBS dan IBD. Kedengaran serupa, kan? Tapi hakikatnya, kedua-duanya adalah keadaan yang berbeza.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Bercakap mengenai penyakit gastrousus, pastinya anda akan mendengar sebutan masalah usus seperti IBS dan IBD. Kedengaran serupa, kan? Tapi hakikatnya, kedua-duanya adalah keadaan yang berbeza.
Sindrom kerengsaan usus (IBS) adalah istilah bagi gejala yang berlaku apabila kandungan usus besar bergerak terlalu cepat atau terlalu perlahan.
IBS adalah keadaan yang melibatkan fungsi usus. Ujian yang dijalankan tidak akan dapat menunjukkan sebab fizikal untuk gejala penyakit gastrousus ini.
Manakala penyakit radang usus (IBD) merupakan masalah usus yang menyebabkan pembengkakan dan kerengsaan pada saluran pencernaan anda, seperti penyakit Crohn dan kolitis ulseratif (ulcerative colitis).
IBD, disebut doktor sebagai penyakit struktur. Ini bermakna kerosakan fizikal yang menyebabkan simptom pada keadaan usus anda.
Semasa ujian dilakukan menggunakan sinar-X, endoskopi, pembedahan atau biopsi, doktor akan dapat melihat keradangan kronik atau ulser pada usus anda.
Ini bermaksud, anda tidak akan dapat menentukan keadaan yang dialami sama ada IBS atau IBD melalui apa yang dirasai.
Tetapi, usah bimbang. Hello Doktor ada caranya untuk membantu anda membezakan antara penyakit gastrousus IBS atau IBD yang dialami.
Sudah pasti untuk mengenal pasti sesuatu keadaan kesihatan itu, ia akan melibatkan simptom.
Untuk penyakit berkaitan usus IBS dan IBD ini, terdapat simptom yang sama dan berbeza yang perlu anda fahami.
Umumnya, masalah kesihatan IBS dan IBD adalah keadaan jangka panjang yang mempengaruhi usus anda, maka kedua-duanya mempunyai beberapa gejala sama, seperti:
Penyakit gastrousus IBS dan IBD ini juga lebih cenderung didiagnosis pada individu muda.
Sindrom kerengsaan usus dicirikan dengan gabungan keadaan seperti:
IBS juga boleh menyebabkan wujudnya rasa mual dan lebih banyak gas daripada biasa.
Sementara itu, penyakit radang usus juga boleh mengakibatkan simptom yang sama dan bertambah buruk dari masa ke masa, termasuklah:
Kedua-dua masalah usus ini boleh menyebabkan pergerakan usus secara mendadak, di mana anda mungkin berasakan masih perlu untuk membuang air besar walaupun baru sahaja selepas melakukannya.
Tanpa mendapatkan rawatan betul, penyakit radang usus yang dialami boleh meningkatkan risiko masalah serius seperti:
Bagi masalah sindrom kerengsaan usus atau IBS, ia dikatakan kurang berbahaya. Komplikasi utamanya adalah melibatkan bagaimana gejala mempengaruhi kualiti hidup seharian anda.
Selain itu, IBS juga dipercayai boleh menyebabkan kemurungan atau kegelisahan.
Selalunya rawatan yang dilakukan oleh individu yang menghidap IBS atau IBD adalah dengan mengubah diet pemakanan harian mereka.
Walau bagaimanapun, tiada diet khusus yang sesuai untuk semua individu.
Cara terbaik adalah untuk melakukan rundingan dengan doktor bagi menentukan kesesuaian diet dengan keadaan diri anda, seperti:
Selain itu, doktor juga biasanya akan merawat IBD dengan ubat-ubatan yang menyasarkan kepada keradangan, contohnya:
Sesetengah penghidap IBD mungkin memerlukan pembedahan untuk memperbaiki kerosakan saluran pencernaan mereka.
Bagi mereka yang menghidap IBS, doktor mungkin mengesyorkan ubat preskripsi untuk atasi cirit-birit atau sembelit. Ini termasuklah laksatif, antispasmodik dan antikemurungan.
Pengurusan tekanan, akupuntur, hipnoterapi dan teknik relaksasi juga dapat membantu merawat sindrom kerengsaan usus.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen