backup og meta

Selalu Cirit-birit? Cuba Minum Susu Kultur, Ada 9 Kebaikan Termasuk Buat Ibu Hamil

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/02/2023

    Selalu Cirit-birit? Cuba Minum Susu Kultur, Ada 9 Kebaikan Termasuk Buat Ibu Hamil

    Pasti anda pernah minum susu kultur, kan? Tetapi benarkah ia menawarkan manfaat buat kesihatan badan? Ini penjelasan yang perlu anda ketahui.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu susu kultur?

    Turut dikenali sebagai susu fermentasi, ia adalah produk tenusu yang diperam dengan sejenis bakteria dikenali sebagai Lactobacilli atau Bifidobacteria.

    Fermentasi bermaksud sebahagian daripada susu tersebut dicerna oleh bakteria.

    Ia secara tidak langsung menjadikan produk susu ini lebih mudah diproses oleh sistem pencernaan badan. 

    Ini terutamanya bagi individu yang mempunyai alahan susu atau intoleransi laktosa

    Proses fermentasi yang dilakukan juga dapat meningkatkan tempoh masa ketahanan susu ini daripada basi.

    Umumnya, susu kultur adalah sejenis minuman yang sangat popular di negara seperti Jepun. 

    Tetapi apakah kebaikan sebenar susu yang melalui proses fermentasi ini?

    9 kebaikan susu kultur untuk kesihatan badan

    Produk tenusu kultur ini dikatakan sangat baik untuk usus. Ini kerana ia dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan badan.

    Berikut adalah antara beberapa kebaikan minuman kultur ini untuk kesihatan, iaitu:

    1. Masalah cirit-birit

    • Cirit-birit kesan ubat antibiotik

    Produk tenusu kultur ini juga dikatakan dapat mengurangkan masalah sembelit bagi individu yang mengambil ubat antibiotik. 

    Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan susu fermentasi yang mengandungi bakteria Lactobacillus dan Bifidobacterium mengurangkan risiko terkena cirit-birit semasa mengambil antibiotik.

    susu kultur

    • Cirit-birit pada kanak-kanak

    Penyelidikan awal menunjukkan bahawa meminum susu yang diperam dengan Lactobacillus casei mengurangkan tahap cirit-birit pada bayi dan kanak-kanak.

    Kajian awal lain juga mendapati penggunaan produk susu fermentasi khusus – mengandungi pelbagai jenis bakteria – dapat mengurangkan jangka masa yang diperlukan untuk menghentikan cirit-birit pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.

    • Cirit-birit akibat rotavirus

    Beberapa bukti menyarankan pengambilan minuman susu Lactobacillus ini pada kanak-kanak dengan cirit-birit kesan rotavirus selama 5 hari akan dapat mengurangkan tempoh kesakitan mengalaminya.

    2. Demam hay

    Berdasarkan beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa susu fermentasi yang mengandungi Lactobacillus acidophilus mungkin dapat mengurangkan masalah hidung berair pada individu dewasa yang mengalami demam Hay – alahan bermusim.

    Dalam sesetengah kajian mengatakan, produk tenusu kultur ini dikatakan dapat mengurangkan risiko untuk mengalami demam Hay kanak-kanak dan remaja. 

    3. Kurangkan risiko ekzema (dermatitis atopik), antara kebaikan susu kultur untuk ibu mengandung

    Anda sedang hamil? Apa kata amalkan minuman kultur.

    Daripada hasil kajian mendapati bahawa meminum susu fermentasi yang mengandungi pelbagai jenis bakteria semasa kehamilan dan setelah melahirkan mengurangkan kemungkinan anak kecil mengalami ekzema.

    4. Selesema

    Antara kebaikan susu fermentasi untuk kesihatan badan adalah ia dapat membantu mencegah masalah selesema bagi kanak-kanak prasekolah.

    susu kultur

    Sesetengah produk tenusu kultur lain juga dapat membantu mengatasi selesema pada individu dewasa.

    5. Saluran pencernaan

    Jangkitan saluran pencernaan yang berpunca daripada bakteria Helicobacter pylori atau H. pylori boleh menyebabkan ulser. 

    Namun melalui kajian yang dilakukan mendapati, pengambilan produk tenusu kultur yang mengandungi pelbagai jenis bakteria setiap hari selama 12 hingga 16 minggu bagus untuk kesihatan badan.

    Ini kerana ia dapat memperbaiki gejala perut yang disebabkan jangkitan H.pylori.

    Manakala daripada hasil penyelidikan lain pula, menunjukkan bahawa mengambil produk susu fermentasi tertentu semasa menggunakan antibiotik untuk jangkitan H. pylori akan mempercepatkan proses penyembuhan.

    6. Tekanan darah tinggi

    Hasil daripada beberapa kajian mencadangkan bahawa susu kultur dapat menurunkan tekanan darah sistolik (nombor pertama) tetapi tidak diastolik (nombor kedua) pada individu yang mengalami tekanan darah tinggi.

    7. Sindrom kerengsaan usus (IBS)

    Masalah kerengsaan perut yang dialami untuk tempoh jangka panjang boleh meningkatkan risiko untuk mengalami sindrom kerengsaan usus (IBS).

    Beberapa kajian menyarankan pengambilan susu fermentasi 2x sehari selama tempoh 4 minggu dapat mengurangkan gejala IBS, termasuk rasa kesakitan dan gas.

    Baca juga:

    8. Intoleransi laktosa

    Ada masalah untuk mencerna laktosa gula dengan betul? Mungkin pengambilan produk tenusu kultur dapat membantu mengatasi masalah itu.

    Ini kerana hasil daripada beberapa penyelidikan menunjukkan, mengambil susu fermentasi yang mengandungi Lactobacillus casei dan Lactobacillus acidophilus mengurangkan kembung, cirit-birit, dan kesakitan pada individu yang mengalami intoleransi laktosa.

    9. Kesan pendedahan radiasi

    Susu yang menjalani proses fermentasi juga baik dalam membantu merawat masalah kesihatan kesan pendedahan radiasi.  

    Hasil kajian mencadangkan pengambilan minuman yang mengandungi Lactobacillus acidophilus bermula 5 hari sebelum rawatan dengan radiasi mengurangkan cirit-birit dan kesan sampingan perut lain.

    Minuman ini juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan perut selepas rawatan radiasi.

    Mencantikkan kulit

    Selain manfaat kesihatan badan yang disenaraikan di atas, minuman kultur juga dipercayai menawarkan kebaikan untuk kulit.

    Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan produk susu yang dikultur dengan bakteria probiotik bukan sahaja dapat membantu anda mendapatkan usus sihat, tetapi juga keadaan kulit yang baik.

    susu kultur

    Malahan, saintis telah lama mengetahui bahawa kesihatan usus dan kulit adalah saling berkaitan. 

    Pun begitu, masih banyak kajian yang diperlukan untuk mengesahkan mengenai manfaat susu kultur pada kesihatan badan serta kulit. 

    Tetapi tiada salahnya andai anda menjadikan minuman susu fermentasi ini sebagai amalan harian. 

    Namun jika terdapat keraguan mengenai kesesuaian pengambilan minuman ini dengan keadaan kesihatan anda, dapatkan rujukan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan