backup og meta

Anda Hidap Gastritis, Ini Makanan Yang Boleh & Perlu Elak Terutamanya KOPI!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/08/2023

    Anda Hidap Gastritis, Ini Makanan Yang Boleh & Perlu Elak Terutamanya KOPI!

    Ada individu yang menghidap penyakit gastritis, tetapi tidak sedar sedang alaminya. Namun, penderitaan akibat penyakit ini dapat dikurangkan jika ambil dan elak makanan untuk gastritis.

    Apakah makanan tersebut?

    Pengenalan ringkas mengenai penyakit gastritis

    Bagi yang tidak mengetahui apakah sakit gastrik, ini penerangan ringkas mengenainya.

    Gastritis adalah istilah umum bagi keadaan penyakit yang disebabkan oleh keradangan pada dinding perut.

    Keradangan yang berlaku ini biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria yang sama yang menyebabkan ulser perut, iaitu H. pylori.

    Namun, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan gastritis seperti pengambilan minuman beralkohol dan juga kesan ubat-ubatan tertentu.

    Makanan mesti ambil dan elak jika alami penyakit gastritis

    Pengambilan dan pengurangan jenis makanan tertentu boleh membantu anda mengurangkan simptom sakit gastrik yang dialami.

    Sesetengah makanan mungkin boleh diambil dengan jumlah yang sedikit, namun ada juga makanan yang mungkin perlu dielakkan terus kerana boleh memburukkan keadaan simptom anda.

    Berikut adalah beberapa jenis makanan untuk gastritis dan makanan perlu elak jika alami keadaan ini. 

    Makanan perlu elak jika ada penyakit gastritis

    Buah dan sayur-sayuran berasid

    penyakit gastritis

    Tidak semua jenis buah dan sayur-sayuran perlu dielakkan. Namun, bagi jenis buah dan sayur-sayuran yang berasid, anda perlu mengurangkan atau mengelakkannya.

    Antara jenis buah berasid ialah buah-buahan sitrus seperti limau, oren, lemon dan juga tomato.

    Jenis sayur-sayuran berasid pula adalah seperti bawang. Anda akan mengalami keradangan yang lebih teruk jika kerap memakan jenis buah dan sayur-sayuran ini. 

    Minuman kopi

    Mungkin ramai yang sudah tahu, namun ada juga yang masih belum mengetahuinya.

    Kopi adalah minuman yang sangat perlu dielakkan jika mempunyai masalah berkaitan perut seperti gastritis.

    Kafein dalam air kopi mungkin membantu menyegarkan mata anda, namun kopi juga adalah jenis minuman yang tinggi kandungan asidnya.

    Jika anda mengambilnya dengan jumlah yang kecil, ia mungkin tidak memberikan kesan yang buruk kepada perut anda.

    Namun, jika anda mula merasakan simptom seperti pedih pada perut, kurangkan pengambilannya atau hentikan terus daripada meminum kopi.

    Makanan untuk gastritis

    Buah epal

    penyakit gastritis

    Buah epal merupakan salah satu makanan untuk gastritis yang amat disarankan kerana ia mengandungi kandungan flavonoid.

    Flavonoid adalah sejenis antioksidan yang sangat baik untuk tubuh.

    Salah satu fungsi flavonoid adalah dengan menghalang pertumbuhan bakteria penyebab gastritis dan ulser perut iaitu H. pylori.

    Selain itu, kandungan serat yang tinggi dalam buah epal juga sangat baik untuk pencernaan makanan dalam usus.

    Serat yang tinggi juga memberikan manfaat kepada mereka yang menderita sakit gastrik. 

    Jenis makanan lain

    penyakit gastritis

    Selain daripada makanan yang dinyatakan di atas, mereka yang mempunyai sakit gastrik juga boleh memakan beberapa makanan lain seperti:

    • Kekacang
    • Madu
    • Sayuran kurang berasid seperti timun dan kentang
    • Makanan kurang kandungan gula
    • Oat
    • Nasi putih
    • Daging tanpa lemak

    Kesimpulan

    Secara umumnya, ada jenis makanan yang boleh dimakan dan ada juga yang perlu dielakkan bagi mengurangkan simptom gastritis.

    Bagi makanan untuk gastritis, anda disarankan untuk memakannya, namun jumlah yang diambil juga perlu dikawal dan tidak berlebih-lebihan.

    Makanan yang dimakan secara berlebihan walaupun mempunyai manfaatnya yang tersendiri, juga boleh menyebabkan kesan sampingan lain.

    Oleh itu, kawal pemakanan anda setiap hari terutamanya apabila anda mempunyai gastritis. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan