backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Mahukan Perut Yang Lebih Sihat? Kena Ambil Serat! - Ini Dia 5 Manfaatnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/08/2022

Mahukan Perut Yang Lebih Sihat? Kena Ambil Serat! - Ini Dia 5 Manfaatnya

Manfaat serat adalah sejenis nutrien yang sangat diperlukan untuk fungsi sistem penghadaman atau pencernaan manusia.

Ia merupakan salah satu komponen polysaccharides yang melindungi saluran di dalam perut individu.

Kebanyakan serat digunakan oleh badan selepas proses fermentasi bakteria dalam usus besar berlaku.

Sebenarnya, serat adalah nutrien unik yang tergolong dalam pelbagai kategori bahan kimia namun kesemuanya mempunyai satu fitur yang sama.

Apakah itu serat?

Serat adalah sejenis elemen yang terdapat dalam tumbuhan dan tidak dapat dihadam oleh tubuh badan anda.

Disebabkan itu, ia diserap ke dalam perut, usus kecil dan usus besar seterusnya dikeluarkan oleh badan anda.

Anda boleh menemui serat di dalam sayur-sayuran, buah-buahan atau kekacang.

Seperti yang diketahui umum, ia memang mempunyai keupayaan untuk mengatasi masalah sembelit.

manfaat serat

Selain itu, makanan yang mengandungi serat juga mendatangkan pelbagai manfaat kepada kesihatan tubuh badan!

Apakah jenis serat?

Serat terbahagi kepada dua jenis iaitu boleh larut dan tidak boleh larut.

Yang boleh larut

Ini merupakan jenis serat yang boleh larut di dalam air dan mempunyai bentuk seakan-akan jel.

Ia membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah dan menyeimbangkan kadar glukosa.

Ia boleh ditemui dalam makanan seperti kekacang, epal, lobak, oat, barli dan buah-buahan sitrus.

Tidak boleh larut

Ini merupakan jenis serat yang tidak boleh larut dalam air dan membantu pergerakan sistem penghadaman atau pencernaan anda.

Ia boleh ditemui dalam makanan seperti kekacang, ubi kentang, kubis, gandum dan lain-lain.

Bagi mendapatkan penuh manfaat serat, pastikan anda makan pelbagai makanan yang tinggi serat.

Apakah manfaat serat yang utama?

#1. Melancarkan pergerakan usus

Penyerapan serat yang tinggi boleh meningkatkan saiz najis dan melembutkannya.

Ini dapat memudahkan najis untuk melalui usus dan mengurangkan risiko sembelit badan anda.

Jika anda mempunyai masalah najis berair, serat boleh membantunya.

#2. Memastikan kesihatan usus

Apabila anda mengambil serat, anda dapat mengurangkan risiko hemorrhoids dalam usus besar.

Namun begitu, terdapat beberapa serat yang akan termentasi di dalam usus besar, lalu memainkan peranan penting untuk melawan penyakit dalam usus besar.

manfaat serat

#3. Mengurangkan kadar kolesterol

Serat akan mengurangkan ketumpatan lipoprotein yang terdapat dalam kolesterol.

Jadi, ia sekaligus dapat membantu anda mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Serat boleh larut juga mempunyai manfaat terhadap kesihatan organ jantung dan ia membantu menyeimbangkan tekanan darah dan mengelakkan keradangan.

#4. Mengurangkan kadar glukosa

Individu yang mempunyai kondisi diabetes seharusnya mengambil serat kerana ia mungkin mampu untuk mengurangkan kandungan gula.

Jika anda mengamalkan diet yang mengandungi serat tidak boleh larut, anda mampu elak diri dari terkena diabetes jenis 2.

#5. Mendapatkan berat badan yang ideal

Penyerapan serat bermakna ia memberikan anda tempoh yang lebih lama untuk makan selain mengurangkan kalori bagi makanan yang sama amaun.

Ia juga mampu mengelakkan anda untuk mengelakkan kanser kolorektal.

Kebanyakan individu tidak mempunyai tabiat pengambilan serat yang baik.

Diharapkan, artikel ini dapat menggalakkan anda untuk mengambil lebih serat dalam diet anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan