Kerap alami keadaan perut terasa panas? Itu boleh jadi tanda gastrik atau ulser duodenum. Jom fahami dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua masalah perut ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Kerap alami keadaan perut terasa panas? Itu boleh jadi tanda gastrik atau ulser duodenum. Jom fahami dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua masalah perut ini.
Kedua-dua keadaan ini secara amnya mempunyai kaitan dengan ulser peptik.
Cuma perbezaan utamanya adalah melibatkan bahagian yang terjejas di saluran pencernaan tubuh.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Ulser gastrik dan duodenum adalah masalah perut ulser peptik. Ia terjadi apabila ada luka terbuka pada lapisan saluran pencernaan.
Ulser gastrik terjadi pada lapisan perut, manakala ulser duodenal berkembang di lapisan duodenum, yang merupakan bahagian atas usus kecil.
Seorang individu boleh mendapat kedua-dua keadaan ini dalam masa yang sama.
Dalam kebanyakan kes melibatkan ulser peptik akan bergantung kepada rawatan perubatan untuk meredakan gejala mereka.
Terdapat juga kes di mana masalah melibatkan sistem penghadaman ini boleh sembuh dengan sendiri.
Namun ia berisiko untuk berulang jika seseorang itu tidak menerima rawatan sewajarnya.
Baca juga:
Gejala bagi ulser gastrik dan duodenum pada dasarnya adalah sama. Antara keluhan biasa yang diterima adalah rasa sakit seperti perut terasa panas.
Ulser duodenum juga boleh menyebabkan individu mengalami rasa sakit perut yang berlanjutan selama beberapa jam selepas makan.
Kesakitan yang dialami cenderung bertindak balas dengan baik terhadap ubat-ubatan atau makanan yang mengurangkan asid perut.
Pun begitu apabila kesannya menghilang, rasa sakit biasanya akan kembali menyerang.
Individu yang mengalami ulser duodenum mungkin akan berdepan simptom yang lebih teruk ketika perut kosong.
Contohnya, antara sesi hidangan makan, waktu malam atau keadaan pertama sebaik sahaja bangun tidur pada waktu pagi.
Antara simptom berkaitan masalah perut ini termasuklah:
Terdapat juga mereka dengan keadaan kesihatan ini berdepan intoleransi terhadap makanan tertentu yang menyebabkan kesakitan atau memburukkan lagi simptom berkaitan ulser.
Berikut pula antara simptom lebih teruk tetapi jarang untuk dialami:
Sesetengah individu dengan ulser ini mungkin tidak mengalami sebarang simptom dan hanya dapat dikesan apabila melakukan pemeriksaan doktor.
Masalah perut ini biasanya berpunca daripada kerosakan atau hakisan pada lapisan pelindung saluran pencernaan.
Punca lain adalah seperti:
Genetik dan amalan gaya hidup individu seperti tabiat merokok dapat meningkatkan risiko untuk mengalami masalah perut ulser peptik.
Faktor risiko lain termasuklah:
Selain NSAID, ubatan lain yang turut boleh meningkatkan risiko mengalami keadaan ini adalah seperti:
Bagi kebanyakan individu yang mengalami masalah perut panas ini, ia akan melibatkan pengambilan ubat bagi mengurangkan jumlah asid dalam perut atau melindungi lapisan perut dan duodenum.
Ubat-ubatan ini boleh tergolong dalam kategori berikut:
Sekiranya jangkitan H. pylori bertanggungjawab untuk ulser yang dialami, doktor mungkin akan menetapkan antibiotik untuk membunuh bakteria.
Sesetengah pakar perubatan akan mencadangkan untuk mengurangkan atau mengawal tahap stres sebagai petua hilangkan panas perut.
Individu yang kerap mengalami keadaan perut terasa panas tetapi tidak mendapatkan rawatan sewajarnya boleh berdepan beberapa komplikasi.
Dalam kes yang jarang terjadi, masalah perut ulser peptik boleh menyebabkan wujudnya lubang (perforation) pada dinding perut atau usus.
Keadaan itu boleh mengakibatkan seseorang berisiko tinggi mengalami jangkitan pada rongga perut. Ia dikenali sebagai peritonitis.
Jika individu menghidap ulser peptik mengalami sakit perut teruk dan secara tiba-tiba, disarankan untuk melakukan pemeriksaan doktor dengan segera.
Keradangan daripada ulser ini juga boleh menyekat sebahagian daripada saluran pencernaan. Ia menyebabkan individu berdepan situasi seperti:
Di samping itu, mereka yang mengalami masalah perut terasa panas kesan ulser peptik turut boleh menyebabkan pendarahan dalaman.
Situasi itu boleh mencetuskan masalah anemia. Antara gejalanya adalah merangkumi keletihan, kulit pucat dan sesak nafas.
Seandainya pendarahan yang dialami teruk, individu tersebut boleh melihat gejala seperti muntah atau najis berdarah.
Masalah perut seperti ulser gastrik dan duodenum yang menjadi pencetus kepada ulser peptik mungkin tidak boleh dicegah.
Walau bagaimanapun jika mengalami kedua-dua atau salah satu keadaan di atas, anda boleh mengurangkan risikonya dengan mengubah tabiat tidak sihat seperti berhenti merokok atau mengambil pemakanan sihat.
Sekiranya ubat NSAID atau sebarang ubatan lain menjadi punca yang mendasari, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen